Lantak nak kata apa pun – Zarina Zainuddin

Lantak nak kata apa pun – Zarina Zainuddin

Pelakon Zarina Zainuddin mengakui ada membetulkan bahagian hidungnya agar kelihatan lebih cantik selepas menjalani pembedahan membuang cecair pada bahagian wajahnya.

Zarina menegaskan hanya melakukan prosedur membetulkan bentuk hidungnya yang terjejas akibat pembedahan membuang cecair itu.

“Selepas saya membuang cecair pada bahagian hidung, saya hanya betulkan hidung saya sedikit saja. Namun tidaklah sehingga menukar bentuk hidung.

“Bukan apa, kerjaya saya sebagai pelakon tidak mahu bahagian muka terjejas akibat pembedahan membuang cecair pada bahagian hidung.

“Namun apa yang diubah itu bukanlah begitu banyak sehingga terlalu lain. Baik saya tegakkan saja selepas itu mancungkan hidung ini,” kata Zarina.

Terdahulu, ramai membuat pelbagai spekulasi apabila pelakon Zarina Zainuddin dilihat menjalani pembedahan di bahagian hidung sehingga ada menyangka proses itu dibuat semata-mata demi untuk cantik.

Menjelaskan perkara sebenar, Zarina berkata, dia melakukan pembedahan itu kerana sudah tidak tahan dengan masalah sinus dialaminya sejak sekian lama.

Berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya, Zarina bersyukur apabila masalah hidungnya semakin pulih selepas menjalani pembedahan membuang cecair yang terkumpul di kawasan wajahnya.

“Alhamdulillah keadaan sinus saya semakin berkurang, cuma ada sedikit sahaja lagi di bahagian sebelah hidung yang tinggal.

“Masa saya operate dan buka di bahagian hidung doktor dah buang cecair tersebut, tetapi katanya cecair itu akan bergerak. Migrain saya pun sudah semakin baik.

“Saya tak tahu langsung ada sinus, setahu saya anak saya yang Azal tu ada sinus. Masa saya pergi luar negara, cuaca sejuk sehingga buat hidung saya jadi gatal. Kemudian jumpa doktor dia kata itu sinus,” katanya lagi.

Selain itu, Zarina turut berkata dirinya enggan mengambil pusing mengenai cakap nakal netizen yang menuduh dirinya membuat pembedahan muka tanpa usul periksa. HM

Lantak nak kata apa pun – Zarina Zainuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker