Ayu Puteh saman Awesome TV

Ayu Puteh saman Awesome TV

Tiada angin, tiada ribut, penerbit Datuk Ayu Puteh, 45, menerima surat tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran daripada syarikat terbabit berjumlah RM162,192,000.

Ia apabila Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh memfailkan saman terhadap stesen terbabit selepas tidak mengendahkan dua notis tuntutan bayaran untuk dramanya.

“Drama Di Sebalik Dia yang disiarkan sepenuhnya di Awesome TV bermula 14 September hingga 27 Oktober 2022, sebenarnya tidak mempunyai sebarang isu kelewatan sebelum ini. Semua kandungan episod diluluskan stesen itu.

“Malah siarannya disiarkan dengan jayanya mengikut tarikh siaran ditetapkan. Drama 28 episod itu dipadatkan menjadi 26 episod bagi menjaga kualiti serta momentum penceritaan drama. Sudah dimaklumkan kepada penyiar secara bertulis tetapi tiada apa-apa komen dari Awesome TV.

“Selepas itu saya menuntut baki bayaran RM704,000 bagi tayangan drama itu namun tidak diendahkan. Jadi saya terpaksa saman tapi tiba-tiba Awesome TV pula nak tuntut jumlah tak masuk akal itu,” katanya.

Ayu yang juga pemilik Pencil Pictures berkata mereka sudah berkali-kali beri notis peringatan pembayaran diberi kepada Awesome TV dan menunggu sekian lama, namun tiada maklum balas.

Malah mereka turut menerima Surat Pembatalan Kontrak drama melalui emel pada 9 Januari lalu, sedangkan surat berkenaan bertarikh 24 November 2022.

“Apa niat dan tujuan Awesome TV membatalkan kontrak selepas semua 26 episod disiarkan? Lagi mengejutkan dan merasai dianiaya, kami menerima surat tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran yang tidak masuk akal itu,” katanya.

Justeru, Ayu terpaksa saman stesen itu kerana tiada pilihan.

Menurutnya, ramai penerbit lain yang menjadi mangsa dan tidak dibayar namun mungkin takut ke depan atau failkan saman.

“Mereka mungkin takut stesen TV lain takkan bagi ‘job’. Dulu saya pun begitu tapi sekarang tak ada pilihan lain. Stesen TV lain pun tahu cerita sebenar serta punca kami saman Awesome TV.

“Saya kerja dengan Astro, TV3, RTM, iflix, tak pernah pun ada masalah komunikasi sebegini sehingga perlu saman. Berurusan dengan stesen lain lebih profesional dengan kami sebagai penerbit. Memang tak ada masalah pun setakat ini,” katanya.

Ayu turut berharap jalan penyelesaian ini akan membuktikan bahawa menutup rezeki itu adalah hasil perbuatan tidak patut.

“Sukar untuk capai jalan penyelesaian tepat selain meminta mahkamah dan undang-undang tentukan. Ini bukan kehendak saya kerana saya nak pun tak ada masa nak buang tenaga.

“Saya lebih sibuk suap rezeki kepada orang lain tapi rezeki saya pula dirompak? Kenapa? Nak jadi manusia dalam dunia ini janganlah sampai buat khianat, menganiaya, atau simpan sifat dengki pada orang lain,” katanya. HM

Ayu Puteh saman Awesome TV

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker