Shila Amzah luah emosi

Shila Amzah luah emosi

Kemunculan penyanyi Shila Amzah pada Konsert Journey To The Future: Shila Amzah di Dewan Plenari. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Sabtu lalu membuktikan dirinya sudah melalui pelbagai episod jatuh bangun sebelum sampai ke tahap sekarang.

Kehadiran Shila jelas ditagih peminat apabila masing-masing tidak keruan sebaik penyanyi yang pernah menempa nama di China itu tampil di pentas mendendangkan lagu pilihannya.



Tidak membuat peminat menunggu terlalu lama, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah, 33, memulakan detik bersejarah itu pada jam 8.30 malam dengan mendendangkan medley Dunia Baru, Yang Teristimewa dan Saat Bahagia.

Segmen pertama itu ibarat pembuka selera paling lazat sehingga berjaya ‘menjerat’ perhatian kira-kira 2,000 penonton untuk kekal di kerusi.

Sorakan demi sorakan diterima membuatkan penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu terus bersemangat meneruskan persembahan dengan beberapa lagu antaranya Raungan Suara, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Tiada Dirimu dan Jauh Hati.

Shila tidak banyak mengambil masa untuk berceloteh, namun ungkapan dilafazkan cukup mendalam hingga boleh dikatakan Shila menebarkan segala isi hati kepada penonton.



Walaupun anak kepada penyanyi dan pelakon era 1980-an, ND Lala itu mengakui kebanyakan lagu yang dihasilkannya bersifat galau, ia tetap menjadi kegilaan ramai, malah sehingga kini lagu seperti Patah Seribu dan Memori Tercipta masih kekal menjadi siulan.

“Pada malam ini saya akan membawa anda semua ke dunia di mana segala perasaan seperti suka, duka, penat lelah termasuk getir hidup saya ketika memilih langkah untuk menjadi penyanyi.

“Sejujurnya, kejayaan saya untuk berada pada tahap seperti ini adalah daripada bantuan ramai penyanyi berbakat seperti Anuar Zain, Datuk Sheila Majid dan ratu rock, Ella,” kata Shila selepas selesai dengan persembahan pembukaannya.

Selain vokal mantap ditampilkan Shila pada konsert Journey To The Future: Shila Amzah, kemampuan wanita ini berdansa tidak boleh dipertikai.



Apa tidaknya, Shila jelas berada dalam kelas tersendiri apabila gerak tari bertenaga yang disulami dengan lagu popular seperti Uptown Funk dendangan Mark Ronson dan Bruno Mars serta Butter (kumpulan BTS) berjaya mencuri perhatian penonton.

Shila yang mula aktif dalam industri muzik tanah air seawal usia sembilan tahun, cemerlang dengan memberi impak nyanyian luar biasa, sekali gus menjamin kepuasan penonton.

Sepanjang konsert, Shila tampil dengan empat busana istimewa yang menambah kemeriahan Konsert Journey To The Future: Shila Amzah.

Selain lagu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina dinyanyikan, Shila tidak melepaskan peluang membuai emosi pendengar dengan lagu lagu Filipina berjudul Akin Ka Nalang termasuk lagu Itali, Caruso.



Segmen istimewa itu cukup memberi tafsiran bahawa Shila bukanlah calang-calang penyanyi, malah bakatnya tidak usah dipertikai lagi.

Sebaik sahaja Shila mengambil keputusan untuk turun dari pentas dan bertemu penonton, Dewan Plenari berubah menjadi hingar bingar dengan sorakan peminat.

Meneruskan momentum konsert yang mencapai klimaks, Shila menyanyikan lagu ‘keramat’ yang meluncurkan namanya di persada muzik tanah air iaitu Patah Seribu yang diterbitkan pada 2011.

Menerusi lagu Patah Seribu, Shila berjaya memenangi trofi Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-19 pada 2012.



Tirai konsert Journey To The Future: Shila Amzah ditutup dengan dendangan lagu Memori Tercipta yang dimuat dalam album berjudul Bebaskan terbitan 2009, yang memahat memori berharga buat penonton. BH

Shila Amzah luah emosi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker