Mek Zura terbabas langgar pokok kerana terlelap

Mek Zura terbabas langgar pokok kerana terlelap

Penyampai radio Molek FM, Mek Zura terbabit dalam kemalangan kecil selepas melanggar pokok di kawasan berhampiran kediamannya di Bagan Lalang, Selangor, Rabu lalu.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan Molek FM, Mek Zura atau nama sebenarnya, Siti Azuraina Sheik Omar, 40, bagaimanapun berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.



Berdasarkan kenyataan, kemalangan berpunca daripada ‘microsleep’ berikutan keadaan penyampai segmen Molek Pagi itu kurang sihat, selain kepenatan.

“Saya sudah rasa kurang sihat sejak datang kerja jam 5 pagi hari kejadian, tetapi saya masih memaksa diri untuk datang kerja.

“Untuk dijadikan cerita, selepas selesai menjalankan kerja harian, saya terus pulang, Ini kerana waktu itu apa yang saya fikir hanyalah nak berehat.

“Perjalanan dari Sri Pentas ke rumah agak jauh di mana mengambil masa hampir satu jam setengah. Jadi, saya sentiasa sediakan makanan seperti keropok, gula-gula dan minuman untuk hilangkan rasa mengantuk.



“Secara kebetulan, saya berpuasa jadi apa yang saya boleh buat untuk hilangkan rasa mengantuk hanya dengan tepuk pipi untuk rasa lebih segar, namun tidak berjaya.

“Sewaktu perjalanan pulang, tanpa saya sedar, saya memandu dengan keadaan berbahaya. Setibanya di pondok pengawal, saya amat bersyukur kerana sikit sahaja lagi nak sampai rumah.

“Tetapi, saya tak sedar kereta saya melanggar pokok besar berhampiran rumah. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius berlaku. Cuma, dada saya sedikit sesak akibat terhentak,” ujar Mek Zura seperti yang dilaporkan kenyataan itu.

Susulan kemalangan itu, Mek Zura turut menitipkan pesanan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum meneruskan pemanduan.



“Kepada pendengar dan yang memandu kenderaan tidak kira kereta, motosikal atau basikal sekalipun untuk sentiasa berhati-hati.

“Sekiranya terlalu mengantuk jangan paksa diri untuk teruskan memandu. Ini kerana badan kita perlukan rehat secukupnya. Walaupun rasa masih boleh bertahan, tetapi otak kita sudah tidak kuat.

“Bukan diri kita sahaja, malah orang lain juga akan terkena padah. Sentiasalah memakai tali pinggang keledar walaupun nak pergi ke kedai depan rumah kerana kemalangan berlaku dalam kawasan rumah saya sahaja.

“Dan disebabkan pemakaian tali pinggang keledar juga mengurangkan kecederaan yang dihadapi,” ungkapnya.



Sementara itu, Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood mengakui terkejut menerima khabar duka itu.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur Mek Zura berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

“Kami di Molek FM terkejut dan sedih apabila Mek Zura memberitahu di aplikasi WhatsApp terbabit dalam kemalangan.

“Tetapi, saya lega dapat tahu keadaannya tidak serius dan selamat.



“Di sini, saya mengambil peluang memberi sedikit pesanan kepada pendengar sentiasa jaga kesihatan dan tidak terlalu memaksa diri memandu dalam keadaan mengantuk kerana kemalangan tidak berbau.

“Untuk Mek Zura, semoga cepat sihat dan kembali menghiburkan pendengar Molek FM,” ujarnya. BH

Mek Zura terbabas langgar pokok kerana terlelap

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker