Raja Afiq nafi ambil dadah kerana nak kurus

Raja Afiq nafi ambil dadah kerana nak kurus

Pelakon Raja Afiq, 29, tidak menolak individu yang menuduhnya ambil barang terlarang untuk kurus mungkin orang sama yang cuba menyihirnya sebelum ini.

Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali menegaskan sebab utama badannya susut mendadak tidak lain kerana bersukan.

“Mungkin orang yang keluarkan cerita saya ambil barang terlarang jugalah menyihir saya. Saya tak tuduh siapa-siapa cuma boleh fikir logik, kenapa saya nak hisap dadah, hisap rokok pun tak.

“Saya bersukan. Cerita kehidupan saya, hanya isteri saja yang tahu. Hidup saya dengan keluarga saya saja dan tak kacau sesiapa pun. Nampak tak, ada orang dengki dan mengkhianati saya?

“Netizen pun boleh nampak betapa khianat orang itu nak tutup periuk rezeki saya,” katanya.

Raja Afiq juga berharap tidak timbul lagi ceritanya mengambil barang terlarang. Dia tidak menolak boleh ambil tindakan undang-undang jika berlarutan.

“Jangan serang-serang lagi, nanti tindakan undang-undang menyusul. Bukti mana bukti, kalau tak ada, semua orang pun boleh cakap. Dunia ini ada undang-undang, akhirat pun ada undang-undang.

“Aku takkan pernah maafkan orang yang fitnah itu,” katanya.

Dia turut berkongsi dirinya bersyukur gangguan sihir yang menimpanya sudah berkurang.

“Adalah sikit-sikit sebab kalau kita berubat, ia ambil masa dan takkan boleh pulih 100 peratus. Sebelum ini saya pernah berak darah, sekarang sudah tidak lagi.

“Kalau pasal gangguan rezeki itu, masih adalah. Untuk pembukaan tahun ini, saya ada terbabit penggambaran telemovie dengan isteri. Okaylah tapi tiba-tiba makin berkurang balik,” katanya. HM

Raja Afiq nafi ambil dadah kerana nak kurus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker