Atiq Azman dituduh gay

Atiq Azman dituduh gay

Hanya kerana memiliki wajah ‘jambu’ dan bibir yang merah, pelakon Atiq Azman kerap dituduh sebagai lelaki yang menyukai kaum sejenis (homoseksual) atau gay oleh netizen.

Bagaimanapun, pelakon berusia 23 tahun itu menegaskan bahawa dia tidak suka dan benci dengan tuduhan sebegitu yang dianggap sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan dirinya.

Ujar Atiq atau nama lengkapnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, dia memang menentang habis-habisan kelompok itu (gay) lebih-lebih lagi apabila dia dituduh tergolong dalam kumpulan mereka.

“Saya tidak boleh terima bila orang tuduh saya menyukai kaum sejenis atau terlibat dengan aktiviti LGBTQ.

“Memang saya menentang habis-habisan. Saya mahu tegaskan memang saya tidak suka dan benci apabila dituduh gay,” katanya.

Ujar pelakon drama Nur itu lagi, dia terpaksa bersuara apabila netizen mula melemparkan tuduhan terhadapnya secara berlebihan gara-gara berkongsi gambar menayang bentuk badannya dalam Instagram baru-baru ini.

Mengakui apa yang dia lakukan itu salah, Atiq menerima secara terbuka teguran yang diberikan kepadanya, namun menentang jika dilabel sebagai lelaki gay.

“Saya mengaku salah (berkongsi gambar badan). Saya terima teguran orang. Cuma saya tidak boleh terima bila dituduh gay.

“Saya boleh terima jika mereka (peminat gay) menyukai saya sebagai seorang pelakon, tapi kalau lebih daripada itu, memang saya tidak suka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Atiq juga menepis dakwaan mengatakan dirinya sengaja mencari perhatian atau publisiti kerana menayang bentuk badannya dalam media sosial, sebaliknya hanya mengikut trend yang dilakukan oleh lelaki lain yang bersenam di gimnasium.

“Saya tidak mencari publisiti. Saya hanya ikut trend dan akui perkara itu salah. Saya sudah pun memadam gambar tersebut dalam media sosial,” jelasnya.

Gara-gara menyuarakan tentangan terhadap golongan LGBTQ, Atiq juga tidak terlepas apabila dituduh terlalu lantang oleh kelompok tersebut.

Bagaimanapun, pelakon bertubuh sasa itu tidak kisah dengan tanggapan mereka kerana menganggap apa yang disuarakannya adalah perkara benar.

“Lantaklah apa nak cakap. Saya rasa tidak salah. Ada ramai lagi artis lelaki lain yang kongsi gambar sebegitu, tetapi kenapa tak kena kecam dan dituduh gay?

“Mungkin hanya sebab saya berwajah jambu dan bibir merah, jadi mereka anggap saya begitu,” kata Atiq yang ditemui pada majlis Apresiasi Bersama Media Sempena Program Khas Ramadan RTM 2023 di Angkasapuri, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Atiq berkata, dia kini sibuk menguruskan perniagaan berasaskan produk penjagaan wajah khusus untuk lelaki sebagai bidang baharu dalam dunia perniagaan.

“Sekarang saya ada menjalankan perniagaan produk penjagaan wajah khusus untuk lelaki. Ada pencuci muka dan serum.

“Sekurang-kurangnya perniagan ini boleh membantu saya menjana pendapatan jika tidak mendapat tawaran berlakon pada masa hadapan. K Online

Atiq Azman dituduh gay

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker