Amelia Handerson mahu sertai Miss Universe Malaysia

Amelia Handerson mahu sertai Miss Universe Malaysia

Pelakon jelita Amelia Henderson menyuarakan hasrat dan minat untuk menyertai pertandingan ratu cantik, Miss Universe Malaysia 2023 selepas organisasi tersebut memperbaharui beberapa kriteria termasuk membuka penyertaan kepada wanita yang pernah berkahwin.

Ujar Amelia atau nama lengkapnya Amelia Thripura Henderson, 27, dia masih dalam proses mempertimbangkan keputusannya untuk menyertai pertandingan tersebut yang sudah pun membuka pendaftaran pada 1 Mac lalu.

“Saya memang nak sertai dan sedang mempertimbangkan sama ada ingin sertai atau tidak. Kalau betul saya masuk, alangkah baik kalau dapat sokongan anda.

“Saya tak rasa ingin bersaing. Untuk bertanding dengan wanita lain, saya ragu-ragu tapi mahu sebenarnya. Kalau saya tak masuk tahun ini, sudah tidak ada peluang untuk bertanding pada masa akan datang kerana faktor umur,” katanya menerusi sebuah video yang dikongsikan dalam Instagram Malaysia Beauty Pageant Fan Club (MBPFC).

Pada masa sama, pelakon filem Pulau itu juga mahu mempertimbangkan penyertaannya untuk mengikuti pertandingan berprestij itu kerana segmen pakaian renang (biniki) yang dipertandingkan tidak lagi menjadi satu keperluan.

“Saya bukan seorang yang selesa memperagakan bikini di atas pentas. Saya tak rasa sanggup lakukannya (berbikini) sampai bila-bila. Tapi sekarang, pengurusan mereka pun sudah bertukar tangan. Saya gementar tetapi mahu,” kata pelakon dengan ketinggian 171 sentimeter itu.

Organisasi Miss Universe Malaysia yang kini di bawah pengurusan sama dengan Miss Universe Indonesia memperbaharui beberapa syarat penyertaan antaranya membuka peluang kepada wanita yang telah atau pernah berkahwin termasuk beragama Islam.

Bagaimanapun, wanita yang ingin menyertai pertandingan tersebut mestilah mempunyai ketinggian minimum 165 sentimeter dan berumur antara 18 hingga 27 tahun ketika pertandingan.

Sebelum ini, Amelia pernah mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik, Miss Asia Pasific pada 2013 dan berjaya menduduki tempat kedua.

Untuk info, Amelia pernah berkahwin dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Anuar pada 14 Ogos 2015. Bagaimanapun pada Ogos 2018, dia mendedahkan perkahwinan itu sudah berakhir. K Online

Amelia Handerson mahu sertai Miss Universe Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker