Fara Mendoza Mengaku Buat Muka

Fara Mendoza Mengaku Buat Muka

Pelakon dan personaliti media sosial, Farah Mendoza mengakui pernah melakukan pembedahan kecantikan wajah. Malah, selebriti berusia 33 tahun ini enggan bersikap hipokrit terhadap pengikutnya di media sosial.

Memetik laporan Media Hiburan, Farah atau nama sebenarnya Norfaralinah Md Yunus memilih untuk bersikap terbuka, lebih-lebih lagi dia seorang yang suka berkongsi perihal berkaitan kecantikan.



Saya tak mahu jadi ‘fake’. Saya selesa jadi diri sendiri. Apa yang saya lakukan, saya senang untuk berkongsi dengan pengikut di media sosial. Kalau ada yang kata saya ‘buat hidung’ misalnya. Biarlah saya punya duit. Memang saya buat hidung (Rhinoplasty), bibir apa semua.

Lagi pula saya memang seorang yang suka berkongsi. Kalau orang tanya saya akan cakap benda yang betul. Lebih bersikap terbuka untuk berbuat demikian.

Keyakinan diri

Menurut pelakon My Coffee Prince ini, dia tidak menafikan penampilan yang meyakinkan adalah satu aspek penting bagi wanita bekerjaya sepertinya.



Bukan itu sahaja, Fara juga sukar menyatakan berapakah perbelanjaan yang dihabiskan untuk rawatan kecantikannya. Difahamkan, Fara pernah juga melakukan rawatan mengecilkan rahang.

Bagi saya, kecantikan itu penting. Kita cantik bukanlah untuk nak dapatkan perhatian lelaki tapi adalah untuk kepuasan diri. Setelah kita penat bekerja, apa salahnya untuk kita manjakan diri sendiri pula.

Saya tak dapat nak anggarkan berapa kos rawatan kosmetik yang saya lakukan. Cuma itulah, kita sentiasa rasa nak cantik. Yang pasti setiap bulan saya memang sediakan peruntukan untuk penjagaan diri.

Tak kisahlah orang kata kalau dulu lain, ini memang diri saya.
Sumber: Media Hiburan



Fara Mendoza Mengaku Buat Muka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”



A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker