Elisya berang dituduh bergaduh dengan keluarga mentua
Elisya berang dituduh bergaduh dengan keluarga mentua
Pelakon, Elisya Sandha, 23, berang selepas difitnah bergaduh dengan ibu bapa mentua iaitu pengarah dan penerbit, Sheila Rusly dan Azman Yahya (Jinggo).
Dakwaan tercetus selepas Elisya berkongsi keluarga kecilnya berpindah dari rumah mentua untuk menetap di kediaman mereka sendiri.
Menerusi perkongsian itu, adik kepada aktres Fasha Sandha ini memuat naik tangkapan skrin YouTube memaparkan tajuk video berunsur ‘clickbait’.
“Saya tidak faham dengan manusia bernama Cik Koci. Saya dengan mentua bergaduh? Tajuk pun sudah salah, tolong jangan kerana nak tarik pelayar sanggup buat cerita tidak benar.
“Siapapun individu Cik Koci ini tolong buang tajuk yang salah itu ya. Tolong hormat keluarga saya,” tulisnya di ruang kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ibunya, Hatijah Tehman memohon anaknya itu bersabar dengan ujian yang menimpanya.
Terdahulu, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy Azman selamat berkahwin pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq, lapan bulan. – XTRA
Elisya berang dituduh bergaduh dengan keluarga mentua
Baca Artikel Menarik:
- Mahu berunding atau bermusuh, Anwar tanya pembangkang
- Wetland Studios Putrajaya dibuka 1 Mei
- Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes
- 70% aset, dana 1MDB diperoleh semula
- Petaling Street digempur 4 agensi
- Pukul Isteri Hingga Lebam Kerana Tegur Marah Anak
- Moderator TikTok Bakal Didakwa Dera Monyet Sampai Mati
- Jangan serang kami, Anwar beritahu Hadi
- Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid
- JDT mengamuk seperti Liverpool, belasah N Sembilan 7-0
- Saya maafkan menantu walaupun dua nyawa jadi korban
- Projek Musang King: Orang Asli dakwa dihalau kelaur dari tanah adat
- Guan Eng dedah diugut Mahathir 3 kali untuk dipecat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET