M Nasir dan Hattan bergabung

M Nasir dan Hattan bergabung

Ramai peminat industri seni hiburan tanah air teruja apabila menerima berita Datuk Hattan akan bergabung dengan sifunya Datuk M Nasir menerusi Konsert ‘Sifu & Aku 38’.

Keakraban anak murid dan guru ini akan dapat disaksikan menerusi konsert yang akan berlangsung pada 25 Mei di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) seterusnya Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 1 Jun depan.

Baik Hattan mahupun M Nasir, kedua-duanya gembira apabila mereka dapat bergabung tenaga dalam konsert yang julung kali diadakan ini.

Hattan berkata, konsert anjuran Westone Entertainment (M) Sdn. Bhd dan rakan penganjur, GC Productions ini tampil berbeza kerana memilih Borneo sebagai lokasi pertama.

“Kita dah banyak sangat buat show di Kuala Lumpur. Apa salahnya kita pilih buat di Sabah dan Sarawak pula sebagai permulaan. Mereka pun ada hak sebagai orang Malaysia.

“Dan semua orang tahu Datuk M Nasir adalah guru saya. Itu yang saya tampil dengan idea konsert ini. Ia dah lama dirancang dan baru nak direalisasikan sekarang.

“Sebenarnya memang ada perancangan jelajah seluruh negara untuk konsert ini tapi kami pilih mula di Sabah Sarawak dulu,” katanya.

Bercerita lanjut, Hattan berkata, gandingannya dengan M Nasir menyaksikan lirik lagu ditulis oleh Allahyarham Bob Lokman dan Loloq.

“Orang tahu keserasian kami dalam berkarya. Namun orang jarang tengok anak murid dan guru satu pentas. Ini pertama kali terjadi dalam sejarah industri tanah air.

“38 tahun Hattan dalam industri, kejayaan saya banyak dibentuk oleh M Nasir. Untuk konsert ini sendiri kami akan sampaikan semua lagu hit lebih 30 lagu.

“Pada saya konsert ini sebenarnya bukan konsert yang sekadar nak ditonton tapi lebih kepada penjiwaan. Lagu-lagu itu ada sejarahnya,” katanya.

Menurutnya, ada sebab kenapa dia menghasilkan album Mentor khas untuk M Nasir dan segala-galanya akan terungkai di konsert ini.

Hattan berkata, dia asalnya merancang untuk merakam album Sifu & Aku, namun tertangguh kerana kekangan masa.

“Setakat ini kami hanya sempat buat dua lagu baru duet. Jadi perancangan kami sangat besar terhadap konsert ini. Kami nak buat yang terbaik di sana.

“Memang asasnya Sifu & Aku macam album Mentor dan berlanjutan ke konsert tapi macam saya katakan hanya dua lagu dapat dirakam setakat ini.

“Perancangan ini masih berjalan dan kami bercadang merakam lagu secara live di konsert itu nanti,” katanya.

M Nasir pula berkata, mereka pernah menyanyi sepentas tetapi bukanlah dalam konsert sebegini.

“Konsert adalah sesuatu yang serius. Sebagai penghibur selagi boleh beraksi, saya akan beraksi. Ini idea Hattan.

“Sebelum ini ada juga Search dan Wings ajak tapi belum ada rezeki. Hattan ada tarikan lain macam dan dia pandai memujuk. Hattan dekat dengan saya,” katanya.

Konsert yang dipimpin oleh Roza Rasul akan menampilkan 15 pemuzik yang sememangnya sinonim dengan mereka berdua antaranya Aznan Alias dan Firdaus.

Antara lagu yang bakal dipersembahkan secara duet di konsert itu nanti adalah Kepadamu Kekasih, Sekuntum Mawar Merah, Apokalips dan Hati Emas. HM

M Nasir dan Hattan bergabung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker