Oops PAS tersalah langkah ke?

Oops PAS tersalah langkah ke?

Oleh Mohsin Abdullah

‘Himpunan 10K Solidariti Palestin’, Sabtu lalu wajar dianggap berjaya. Tidak pasti sama ada 10,000 orang hadir sesuai nama himpunan tetapi yang pasti ribuan peserta turun ke jalan raya dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) menyatakan bantahan terhadap keganasan Israel di Gaza.

Negara kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel, oleh itu mereka tentulah tidak ada kedutaan disini. Lantas amat tepat bantahan dihalakan ke arah Kedutaan AS. Lagi pun Washington bukan sahaja menyokong bahkan mempertahankan keganasan Tel Aviv. Saya guna istilah “Tel Aviv” walaupun Israel mahu Jerusalem diiktiraf sebagai ibu negaranya.

Dikatakan ada beberapa pihak terbabit dalam penganjuran himpunan berkenaan. Saya tidak tahu tetapi berdasarkan laporan media ia dikatakan dianjur PAS. Atau parti itu penganjur utama. Maka tahniah buat PAS yang presidennya Hadi Awang turut turun protes .

Beberapa hari sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dari PAS bercakap pada sesi waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat dengan garang mahu kerajaan ambil tindakan ke atas kekejaman Israel termasuk mendesak agar Benjamin Netanyahu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Menteri Luar Zambry Abdul Kadir menegaskan Netanyahu memang boleh dirujuk kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau International Criminal Court (ICC). Tetapi Malaysia tidak boleh membawa kes itu kerana bukan sebahagian Statut Rom, setelah menarik keanggotaan pada 2019.

Kata Zambry mengikut peruntukan Statut Rom, kes jenayah antarabangsa hanya boleh di bawa atau dirujuk kepada ICC oleh tiga negara yang menganggotai Statut Rom.

Menulis artikel yang disiar The Edge 27 Okt lalu, peguam dan bekas Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin daripada Amanah mengimbas kembali kenyataan PAS pada April 2019 yang mengalu-alukan penarikan diri Malaysia daripada “Rome Statute of the International Criminal Court Court.”

Beliau mengingatkan kita ketika itu Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata langah itu (tarik diri) adalah baik yang akan memanfaatkan Islam dan PAS memang berpegang kepada prinsip menyokong langkah baik untuk Islam.

Pada pandangan saya, berasaskan kenyataan itu PAS melihat Statut Rom tidak baik untuk Islam dan langkah Malaysia tidak menjadi sebahagian Statut Rom adalah sesuatu yang baik untuk islam dan PAS menyokong “apa sahaja yang baik untuk Islam.”

Berbalik kepada penulisan Hanipa. Sekarang kata Hanifa yakni Oktober 2023, PAS menerusi Fadhli bertanya mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan lebih tegas berhubung konflik Palestin seperti mendesak Netanyahu dihadapkan ke ICC.

Ringkasnya menurut Hanipa, PAS yang sebelum ini menentang Statut Rom “tiba tiba sekarang mahu Malaysia membawa Netanyahu ke ICC”. Satu “inference” yang munasabah kata beliau ialah PAS sekarang mahu kerajaan menandatangani dan menerima atau “accede” Statut Rom kerana ICC dan Statut Rom adalah berkait rapat.

Tanya Hanipa: “Is PAS blowing hot and cold or is PAS really ignorant of what it opposes and support?”. Interpretasi saya mengenai pertanyaan Hanipa ialah adakah PAS sekadar sembang kari atau benar benar tidak tahu apa yang ia tentang dan sokong? Izikan saya menambah – Adakah bagi PAS Statut Rom dulu tak bagus sekarang bagus? Atau menyesali tindakan masa lalu?

Kronologi penyertaan Malaysia ke Statut Rom sememangnya Panjang iaitu bermula 1998. Untuk pendekkan cerita yang panjang saya “fast forward” kepada 12 Disember 2018 apabila Jemaah Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipimpin Dr Mahathir Mohamad bersetuju Malaysia meraktifikasi Statut Rom.

Pada 26 Disember 2018 Mahathir selaku perdana menteri mengutus warkah kepada pemangku Yang di Pertuan Agong untuk sembah maklum keputusan Kabinet. Pada 15 Februari tahun berikutnya menteri luar mengadap Yang di Pertuan Agong dan menyembah maklum keputusan berkenaan. Dan pada 4 Mac 2019 Malaysia menandatangani Rome Statute of the International Criminal Court.

Namun pelbagai tuduhan timbul. Pembangkang termasuk PAS mendakwa langkah itu bertentangan perlembagaan dan melanggar hak Raja-Raja dan juga mencemar Islam. Demonstrasi besar besaran diadakan .

Kerajaan tunduk satu bulan selepas meraktifikasi Statut Rom. Pada 5 April 2019 Mahathir mengumumkan Malaysia menarik diri. Kata beliau ini berikutan kekeliruan yang ditimbulkan selain pihak tertentu mempolitikkan isu itu serta melancarkan kempen memburukkan kerajaan.

Seperti disebut tadi kronologi atau sejarah penyertaan Malaysia ke Statut Rom memang lama. Sejak negara diperintah Barisan Nasional (BN) sudah ada ura ura menyertai Statut Rom.

Antara sebab lanjutan serangan Israel ke atas kapal kemanusiaan Gaza Freedom Flotilla pada 31 Mei 2010 diikuti penembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 (17 Jul 2014). Namun tidak ada tindakan susulan diambil sehingga PH mengambil alih pentadbiran negara pada 2018.

Antara apa yang dikata manfaat Malaysia menjadi negara pihak ICC ialah meningkatkan martabat di kalangan masyarakat antarabangsa sebagai negara yang komited menegakkan keadilan dan mempertahankan undang undang antarabangsa.

Juga meningkat perpaduan bersama masyarakat antarabangsa dengan membawa pelaku jenayah antarabangsa ke muka pengadilan.

Dan antara elemen yang menarik perhatian Malaysia ialah bidang kuasa ICC untuk mendengar “jenayah paling membimbangkan” seperti genosid atau penghapusan etnik , jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

Berpandukan bidang kuasanya jelas Netanyahu boleh dihadapkan ke ICC. Kata Hanipa, PAS mungkin ‘terlepas pandang’ bahawa Palestin memeterai Statut Rom pada 1 Apr 2015. Ya mungkin terlepas pandang jika tidak masakan PAS membantah apabila Malaysia menyertai statut berkenaan dan dihebahkan Statut Rom tidak baik untuk Islam? Betul tak?. FMT

Oops PAS tersalah langkah ke?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker