Disakiti, ditumbuk, dikhianati – Nurul Shuhada

Meluahkan perasaan melalui coretan dalam IG Story, Nurul Shuhada turut muat naik foto wajahnya yang berlumuran darah akibat ditumbuk Hafidz, baru-baru ini.

Disakiti, ditumbuk, dikhianati – Nurul Shuhada

Isteri pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi, 29, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berharap orang ramai dapat terus mendoakannya diberi kekuatan untuk menempuh ujian rumah tangga yang dihadapi.

Meluahkan perasaan melalui coretan dalam Instagram Story (IGs), hari ini, Nurul Shuhada berkata, dia tidak boleh lari daripada apa yang sudah menjadi ketetapan Yang Maha Esa, biarpun ia adalah ujian paling berat pernah dilalui.

“Saya akui, ujian Allah kali ini amat berat, sangat-sangat berat. Allah dah tulis takdir hidup saya dan anak-anak dengan sangat teliti. Sehebat dan seberat mana pun ujian buat saya dan anak-anak, saya tak boleh lari.

“Saya kena lalui perit sakit semua itu, saya ditumbuk dan dikhianati. Saya ditipu dan dipermainkan dengan nama Allah (dia bersumpah itu ini), sedangkan adiknya sendiri bersubahat dan sebagainya,” tulis Nurul Shuhada, selain memuat naik foto wajah yang berlumuran darah akibat ditumbuk Hafidz, baru-baru ini.

Tambah Nurul Shuhada, dia berharap diberi kemudahan untuk menempuh setiap ujian bersama anak-anaknya.

“Rasanya jiwa saya dah rabak, hati dah remuk. Saya tahu Allah tengah hulurkan tangan buat saya untuk keluar daripada penderitaan, hubungan dan keluarga toksik ini. Mohon doakan saya dan anak-anak kuat.

“Kami nak berjaya lalui ujian Allah ini dengan cemerlang, insya-Allah. Saya takkan pernah lupa semua yang mendoakan saya dan anak-anak dengan doa yang baik, terima kasih,” tulisnya.

Terdahulu, keluarga Nurul Shuhada mengesahkan wanita itu ditumbuk tiga kali oleh Hafidz selepas berlaku pertengkaran.

Ahli keluarga yang enggan namanya didedahkan mendakwa, Hafidz dilaporkan menumbuk pada bahagian muka Nurul Shuhada sehingga cedera.

Sementara itu, polis akan memanggil Hafidz yang dilaporkan menumbuk isteri dalam kejadian di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, awal pagi Khamis lalu.

Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Nurul Shuhada selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, bagi memberi keterangan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Kontinjen Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata mangsa berusia 29 tahun hadir ke IPK Selangor untuk memberi keterangan selepas dipanggil untuk hadir bagi membolehkan siasatan dibuat.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan secara menyeluruh sebelum sebarang tindakan diputuskan. BH

Disakiti, ditumbuk, dikhianati – Nurul Shuhada

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker