10 jahitan di pipi ‘hadiah’ hari jadi – Nurul Shuhada

10 jahitan di pipi ‘hadiah’ hari jadi – Nurul Shuhada

“Jahitan ini lagi sakit daripada melahirkan. Nasib baik tak kena dekat mata, nanti buta sebelah lagi susah,” kata isteri pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri ketika mengulas mengenai jahitan diterima di wajahnya susulan insiden ditumbuk menerusi program Melodi yang disiarkan TV3, hari ini.

Nurul Shuhada mendakwa, apa yang dilakukan suami terhadapnya adalah petunjuk daripada Yang Maha Esa supaya dia dan anak-anak terus melangkah ke hadapan untuk membina kehidupan baharu.

Malah, Nurul Shuhada turut menganggap 10 jahitan yang diterima pada bahagian pipinya itu adalah ‘hadiah’ sempena ulang tahun ke-29.

“Selama ini, saya memang ditindas, cukuplah saya bagi muka dan bersangka baik. Apa yang sudah terjadi, Allah nak tunjuk saya memang tak boleh toleh ke belakang lagi.

“Saya perlu terus memandang ke hadapan dengan anak-anak saya, sama-sama ke depan. Cukuplah,” katanya.

Bagaimanapun, Nurul Shuhada berkata, dia tidak berniat untuk memutuskan hubungan antara anak-anak dan suami, selain mahu meneruskan kehidupan tanpa menyimpan sebarang dendam.

“Anak-anak memang tak diberitahu apa-apa lagi, saya tidak mahu memburukkan ayah mereka.

“Mereka perlukan seorang ayah dan saya tidak akan putuskan hubungan antara mereka,” ujarnya.

Dalam masa sama, Nurul Shuhada berkata, dia yakin akan beroleh kebahagiaan selepas bergelut dalam episod hitam rumah tangganya itu.

“Walau berat macam mana pun saya kena terima. Kalau ujian orang ketiga memang sangat berat, Allah tambah lagi ujian yang lebih berat untuk saya. Ia membuatkan saya yakin akan bahagia dan berjaya dengan anak-anak.

“Allah akan bagi yang lagi baik, yang lagi hebat. Saya memang betul-betul meletakkan 100 peratus kepada Allah,” katanya.

Keluarga Nurul Shuhada turut mendakwa wanita itu ditumbuk tiga kali selepas berlaku pertengkaran.

Sementara itu, polis dilaporkan akan memanggil suami Nurul Shuhada yang dilaporkan melakukan serangan itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, awal pagi Khamis lalu.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Nurul Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu.

Nurul Shuhada memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu. BH

10 jahitan di pipi ‘hadiah’ hari jadi – Nurul Shuhada

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker