Mentega Terbang: Umat Islam terlibat filem bercanggah akidah – Khairuddin

Mentega Terbang: Umat Islam terlibat filem bercanggah akidah – Khairuddin

Majlis Ulama Umno memandang serius normalisasi pembikinan dan penerbitan filem-filem yang menyentuh sensitiviti agama khususnya akidah dan syariat Islam oleh rakyat Malaysia yang ditayangkan melalui platform internet.

Malah, Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata umat Islam tidak sepatutnya terlibat dengan penerbitan filem sedemikian walau apa jua alasan sekalipun.

Walaupun tidak menyebut nama filem yang dimaksudkan namun difahamkan Majlis Ulama Umno merujuk kontroversi filem ‘Mentega Terbang’ ketika ini.

“Demi menjamin keharmonian antara agama dalam negara ini, tidak wajar filem seumpama itu dibiarkan berleluasa dan diterbitkan menerusi saluran bebas walaupun atas nama kebebasan berkarya atau menyuarakan pandangan.

“Umat Islam tidak sepatutnya terlibat dengan penerbitan filem seumpama itu sama ada sebagai penerbit, penulis skrip, pelakon atau apa sahaja yang berkaitan dengan apa alasan sekali pun,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, ulama Umno itu berkata pihaknya menyokong tindakan kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memanggil produksi filem kontroversi ‘Mentega Terbang’ bagi mendapatkan penjelasan serta tindakan lanjut.

Ulama Umno juga menggesa pihak berkuasa bertindak tegas dalam menangani isu ini selaras dengan lunas undang-undang yang ada di negara ini.

“Majlis Ulama Umno mengalu-alukan langkah segera kerajaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar menerusi Jakim yang memanggil pihak terbabit untuk mendapatkan penjelasan serta tindakan selanjutnya akan dilakukan,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata Mentega Terbang melanggar akidah dan cara kehidupan umat Islam di negara ini.

Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jakim telah diminta untuk mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan undang-undang dapat diambil.

Polis juga mengesahkan Siasatan isu filem Mentega Terbang kini dikendalikan SKMM.

Dalam perkembangan berkaitan, Lembaga Penapisan Filem (LPF) sedang meneliti semua aspek berkaitan filem ‘Mentega Terbang’ secara menyeluruh sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan LPF mengambil maklum akan isu yang berbangkit berhubung filem berkenaan yang telah mendapat perhatian masyarakat umum setelah ulasan awam bagi filem itu tular di media sosial.

Menurut KDN berdasarkan semakan, filem berkenaan tiada dalam rekod penapisan LPF dan ditayangkan secara dalam talian (melalui platform Internet). Mk

Mentega Terbang: Umat Islam terlibat filem bercanggah akidah – Khairuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker