Hafidz tak pernah beli beras – Nurul Shuhada

Hafidz tak pernah beli beras – Nurul Shuhada

“Terima kasih atas cacat kekal di muka aku. Semoga Allah balaslah seberat-berat kifarah buat anda”.

Ini yang ditulis Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, di Instagram yang ditujukan kepada suaminya yang juga pelakon, Hafidz Roshdi selepas dia didakwa cedera ditumbuk suaminya itu.

Nurul Shuhada turut mendoakan agar suaminya diberi balasan setimpal atas perbuatan mencederakannya.

“Ustaz Azhar Idrus mengesahkan mendoakan keburukan untuk manusia zalim tidak salah. Apa yang sudah terjadi, Allah hendak tunjukkan depan mata yang penyesalan daripada seorang manusia, jangan kau ukur dengan janji di mulut.

“Menganggap diri sebagai mangsa keadaan dan rasa apa yang dia buat selama ini tidak pernah salah.

“Tetapi ingatlah! Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara walaupun hanya dedaun yang luruh dari pokok,” katanya yang memuat naik hantaran itu, malam tadi.

Dalam hantaran sama, Nurul Shuhada turut menyindir Hafidz yang didakwa belum mampu meneruskan hidup dan masih berminat untuk mengetahui perkembangan dirinya walaupun sudah melafazkan talak.

“Tidak akan hubungi lagi adalah mengarut. Apa yang pasti dia ‘stalk’ (ikuti perkembangan) dan baca setiap komen adalah sangat melucukan,” tulisnya.

Nurul Shuhada turut menulis, Hafidz takkan tenang dan akan hidup dengan bayang-bayangnya hingga mati.

“Kalau baru sekarang hendak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk pertahan diri jadi manusia bagus dan boleh buat kau bahagia, teruskan. Allah tahu kau tak pernah beli beras. Semoga berjaya,” katanya.

Sejak konflik rumah tangga mereka tercetus, Nurul Shuhada banyak menggunakan media sosial sebagai platform komunikasi dengan pengikutnya dan media.

Semalam, keluarga Nurul Shuhada mengesahkan wanita itu ditumbuk tiga kali oleh Hafidz selepas berlaku pertengkaran.

Ahli keluarga yang enggan namanya didedahkan mendakwa, Hafidz dilaporkan menumbuk pada bahagian muka Nurul Shuhada sehingga cedera. HM

Hafidz tak pernah beli beras – Nurul Shuhada

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker