Ms Puiyi mahu berubah
Ms Puiyi mahu berubah
Perlahan-lahan membina imej bersih termasuk tidak lagi aktif membikin konten sebuah platform tontonan dewasa, pempengaruh yang kini bergelar pelakon, Ms Puiyi kini mahu fokus dalam bidang seni.
Puiyi atau nama sebenarnya, Siew Pui Yi, yang sering beraksi erotik dalam media sosial berkata, fokusnya dalam karier kini tertumpu terhadap cabang lain, termasuklah lakonan dan DJ muzik atau kelab malam.
“Tahun ini, saya akan fokus berlakon filem dan akan ada beberapa filem yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
“Sudah tentu juga, sebagai DJ kelab malam. Selain itu, saya juga seorang penerbit muzik. Selain itu, saya akan muncul dengan single baharu tidak lama lagi juga,” katanya.
Bercakap tentang skeptikal umum jolokan simbol seks yang melekat dengan dirinya, wanita berusia 24 tahun itu enggan pening kepapa dengan omongan orang.
“Bagi saya, seseorang yang seksi saya tiada masalah nak mainkan karakter atau peranan diberikan.
“Tapi, kalau dalam platform lain saya dah tak buat semua itu. Sekarang fokus saya banyak tertumpu sebagai seorang DJ kelab malam. Kadang-kadang jadi DJ pun, saya kena beraksi seksi bergantung kepada acara atau festival yang saya terlibat sama,” ujarnya.
Puiyi yang melakonkan karakter Kitty dalam filem sensasi Pulau. Katanya, pengalaman berlakon dalam naskhah tersebut adalah sesuatu yang menyeronokkan.
“Sebenarnya, saya agak takut dan pada masa sama, gemuruh (menunggu respons penonton).
“Tapi saya juga tahu yang ramai peminat menanti untuk menonton filem Pulau di pawagam bermula 9 Mac nanti,” katanya.
Sekadar info, Puiyi merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai seramai 20.4 juta pengikut Instagram.
Puiyi merupakan pempengaruh sensasi dalam media sosial bahkan cukup terkenal susulam kerap menghasilkan konten erotik dan mencolok mata.
Pada awal Disember lalu, Puiyi telah mengumumkan pengundurannya sebagai bintang porno dan memilih untuk melebarkan sayap dalam bidang muzik menjadi seorang DJ.
Terdahulu, Puiyi pernah menggemparkan negara apabila menjadi aktres porno pertama dari Malaysia yang berjaya membintangi filem-filem lucah terbitan produksi terkemuka dunia, Playboy. K Online
Ms Puiyi mahu berubah
Baca Artikel Menarik:
- Rohingya ‘sound’ Ustaz jangan sibuk hal perniagaan mereka
- Maut dirempuh pemandu mabuk kerana tegur bunyi bising
- Iktiraf UEC, ini jawapan Menteri Pendidikan
- Ada apa dengan pembatalan kuliah Azhar Idrus?
- 3 Calon Ketua Pemuda Popular
- Kerajaan Anwar akan tumbang – Hadi
- TikTok Malaysia larang iklan politik
- Pembaca berita transgender Pakistan nyaris mati dibunuh
- Warga asing besar kepala, caj parkir RM10 di tepi jalan di Zoo Negara [VIDEO]
- Pemandu Saga isi minyak sebelum rempuh MPV
- Pengantin meninggal ketika hendak kahwin, bapa gantikan dengan anak yang lain
- Rasuah Jana Wibawa, Azmin mula ‘berbunyi
- Solat jenazah buat isteri Ustaz Farid Ravi dilimpahi jemaah [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET