Ella padam semua foto di IG

Ella padam semua foto di IG

Tindakan penyanyi rock Ella memadam semua gambar di laman Instagram miliknya baru-baru ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Ella beri bayangan bersara?

Ratu rock tanah air yang berusia 57 tahun ini dipercayai memadam kesemua gambarnya sebelum memuat naik satu hantaran terbaharu dengan menulis kapsyen penghargaan kepada orang ramai. Kapsyen ringkas yang ditulis Ella seolah-olah memberi bayangan bahawa dia akan bersara selepas 35 tahun menceburkan diri dalam industri seni.

Terima kasih untuk 35 tahun.

Meskipun tidak memberitahu secara terperinci mengenai perkara tersebut tetapi para peminat sudah mula membanjiri ruangan komen. Mereka berharap agar Ella tidak berhenti menyanyi dan terus berkarya. Tidak kurang ada di antara mereka hormat dengan keputusan tersebut dan berharap agar Ella terus berjaya dalam apa jua yang dilakukannya selepas ini.

‘We love you’

Sumber: Ella Aminuddins

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker