Buat umrah ke content?

Buat umrah ke content?

Agamawan, Dr. Kamilin Jamilin tampil menyuarakan keresahan mengenai trend umrah yang agak merisaukan ketika ini.

Beliau melalui satu perkongsian di TikTok berkata, akhir-akhir ini dilihat ramai pempengaruh mahupun selebriti suka memuat naik kandungan ataupun ‘content’ di media sosial mereka apabila berada di tanah suci.



Katanya, trend tersebut menunjukkan seolah-olah ramai kini pergi ke Mekah dan Madinah sekadar pergi melancong sahaja.

“Risau lihat trend orang sekarang pergi Umrah, bukan semua tetapi boleh katakan ramai di media sosial ini. Dulu-dulu sebelum munculnya media sosial yang pelbagai ini dan pempengaruh yang terkenal, orang kalau dapat pergi Mekah dan Madinah ini satu benda besar.

“Pergi Mekah dan Madinah ini jadi medan keinsafan pada kita, kita betul-betul terasa keagungan Allah dan kemuliaan tanah suci. Ramai bila pergi ke sana jadi bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik.

“Tetapi, sekarang pergi ke sana seperti tiada apa-apa, yang ke sana, balik begitu juga,” katanya.



Katanya, ada juga sebahagian individu yang sibuk mengemas kini media sosial apabila berada di sana, malah ada juga yang menggunakan peluang itu untuk mempromosikan produk mereka.

“Banyaklah kini yang kita boleh nampak nak bagi produk barakah, ambillah gambar yang berlatar belakangkan Kaabah.

“Pergi Mekah dan Madinah ini macam sekadar pergi melancong saja bukan nak buat ibadah sangat, ada duit pergi, seronok-seronok, menunjuk sana sini, cari populariti, cari duniawi, hilang rasa keagungan Allah dalam hati,” ujarnya.

Katanya, perbuatan itu membimbangkan kerana ke’izzahan dua tanah suci itu seperti sudah tiada dan ibadah haji serta umrah yang besar itu kini menjadi sekadar tentatif atau ‘content’ bagi menarik tontonan sahaja. K Online



Buat umrah ke content?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah



Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker