Noor Nabila Padam Foto Berdua Dengan Engku Emran

Noor Nabila Padam Foto Berdua Dengan Engku Emran

Setelah hampir dua tahun melayari bahtera rumah tangga, timbul dakwaan yang mengatakan bahawa kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin dalam proses hendak bercerai.

Sebelum ini, sumber rapat pasangan berkenaan mengatakan bahawa mereka sudah tidak tinggal bersama dan dikatakan sedang dalam proses penceraian.

Malah, hubungan Nabila dan Engku Emran dikatakan sudah tidak sehaluan sejak beberapa bulan lalu apabila mereka tidak memuat naik foto serta video bersama di media sosial.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya masih mendiamkan diri dan Nabila kini masih berada di Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya yang tidak disertai Engku Emran.

Apa yang mengukuhkan lagi dakwaan apabila kakak kepada Neelofa itu bertindak memadam foto suaminya di Instagram termasuklah gambar majlis perkahwinan mereka, namun Engku Emran didapati masih menggunakan fotonya bersama Nabila sebagai gambar profil dan tidak memadam gambar mereka berdua.

Semalam, Engku Emran dilihat menonton bola Manchester United lawan Newcastle secara beramai ketika hadiri viewing party.

Pada Sabtu lalu, Engku Emran membuat hantaran dengan menyiar semula kisah paderi Katolik bernama Hularion Heagy yang terbuka hati untuk memeluk agama Islam dan kini dikenali dengan nama, Said Abdul Latif. Bn

Noor Nabila Padam Foto Berdua Dengan Engku Emran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker