Asyik salahkan penyondol, jaga suami sendiri – Che Ta

Asyik salahkan penyondol, jaga suami sendiri – Che Ta

Pelakon, Rozita Che Wan menegur sikap sesetengah golongan isteri yang meletakkan semua kesalahan pada orang ketiga atau penyondol setiap kali terjadi masalah kecurangan dalam rumah tangga.

Menurut pelakon berusia 50 tahun itu, suami juga turut bersalah dalam hal ini kerana hubungan sulit tidak akan tercetus sekiranya kedua-dua tidak memainkan peranan.



Saya tak suka bila lelaki ada hubungan dengan wanita lain, si isteri pulak salahkan perempuan tu saja. Dalam hal ini, dua-dua salah. Suami mereka taklah baik sangat tapi kenapa perlu terlalu marah kepada wanita tersebut?

Suami yang gatal sebab kalau dua-dua tak sama naik, hubungan tu tak akan menjadi.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata tidak akan berkompromi sekiranya suaminya, Zain Saidin turut terbabit dalam isu tersebut.

Kalau suami saya ada hubungan, saya tumbuk muka dia, bukannya tarik tudung perempuan itu. Jadi, kalau suami saya diganggu, saya akan marah Zain semula, bukannya naik hantu dengan perempuan itu.



Dalam pada itu, pelakon 4 Madu itu tidak bersetuju dengan tindakan segelintir golongan isteri yang suka berkongsi kemelut rumah tangga di dalam media sosial.

Ibaratnya, tepuk air dalam dulang tetapi akhirnya tepercik pada muka sendiri. Lebih baik diam. Saya tabik dengan cara Mizz Nina, terus ke pejabat agama.

Bukan itu sahaja, Che Ta berpendapat bahawa perkara tersebut diibaratkan membuka pekung di dada sendiri terutama perihal rumah tangga.

Kalau marah suami, kenapa nak bagi 50 juta orang tengok, marahlah dia terus. Bn



Asyik salahkan penyondol, jaga suami sendiri – Che Ta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)



Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker