Cliff Umar tengokkanlah anak-anak jika saya sudah tiada

Cliff Umar tengokkanlah anak-anak jika saya sudah tiada

“Yang paling saya risaukan saya boleh hidup sampai bila? Itulah yang saya harapkan dia berbaik-baik dengan anak-anaknya.

“Satu hari nanti kalau berlaku apa-apa terhadap saya, dia boleh jaga tolong tengokkan anak-anaknya. Tapi bila keadaan jadi begini, kalau saya boleh elak mati pun saya elak,”.

Itu kata Zurini Hasbullah, 43, bekas isteri penyanyi, Cliff Umar yang bertungkus lumus membesarkan tiga anaknya bersendirian selepas diabaikan suaminya itu sejak beberapa tahun lalu.

Dua anak lelakinya yang berusia 13 dan 11 tahun disahkan mengidap autisme, manakala anak perempuan bongsunya berusia tujuh tahun mempunyai ciri-ciri disleksia yang ketara.

Menurutnya, ada satu ketika dia terfikir mahu menghidupkan enjin kereta bawa anak-anak dan terfikir untuk terjun sungai kerana terlalu tertekan dan tidak mahu menyusahkan orang.

“Orang tak faham saya perlukan sokongan. Keluarga saya pun ada masalah sendiri. Orang yang saya harapkan beri sokongan pun tiada. Hidup saya semata-mata untuk anak.

“Rasanya kalau tiada anak-anak, saya pun dah tiada. Tapi sebab anak-anak la saya bertahan. Dulu saya tertekan minta duit dengan ayah mereka tak dapat hingga saya marahkan anak-anak,” katanya dalam temubual bersama Harian Metro.

Episod sedih Zurini bermula apabila dia yang sedang mengandungkan anak bongsunya berpisah dengan penyanyi itu pada 2014.

Ia membuatkan bekas pramugari Penerbangan Malaysia dan AirAsia ini mengambil keputusan membuat dan menjual karipap sebagai punca rezeki.

Zurini yang sah bercerai pada 2019 menyifatkan dirinya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, namun reda dengan ketentuan Allah.

“Saya terima kerana itu anak-anak saya. Mereka bukan cacat anggota tapi lemah dari segi lain. Tengok macam normal tapi di balik tabir kena ada cara kendalikan mereka.

“Bayangkan saya kena mandikan mereka setiap pagi bermula jam 4 pagi dengan yang sulung dah cecah ketinggian hampir enam kaki untuk siapkan ke sekolah. Ia berlaku sejak dari usia setahun kepada sekarang.

“Saya buat semua seorang diri dan kadang-kadang tertekan juga sebab tiada masa rehat. Saya kena cari duit, kemas rumah dan jaga mereka kalau sakit,” katanya.

Menurutnya, sekiranya bekas suami membantu dari segi kewangan, dia boleh mengupah orang mengemas rumah dan berehat sikit.

Menurutnya, sejak 10 tahun lalu, dia hanya tidur sejam atau dua jam atau paling lama tiga jam.

“Setiap hari perjalanan saya tergesa-gesa hingga tak sempat nak fikir. Saya disahkan mengalami tekanan perasaan yang teruk dan keletihan teramat.

“Ada juga saya dipanggil temubual untuk bekerja tapi siapa nak tengok budak-budak ini? Takkan ada sesiapa yang tahan kecuali saya sendiri sebab perlukan kesabaran amat tinggi. Makan pun berterabur macam budak usia lima tahun, tapi dari segi pembelajaran sangat bijak,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro semalam melaporkan Cliff ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana menyifatkan ia masalah peribadi.

“Minta maaf. Ini masalah peribadi dan saya selesaikan dengan dia (bekas isteri) sendiri. Saya harap orang lain hormat keputusan untuk tidak masuk campur dalam hal peribadi saya,” katanya. HM

Cliff Umar tengokkanlah anak-anak jika saya sudah tiada

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker