Tumpang gembira jika Jiggy nikah dengan Dhabitah

Tumpang gembira jika Jiggy nikah dengan Dhabitah

“Saya tumpang gembira apabila dapat tahu dia sudah temui pasangan dan bakal berkahwin,” kata bekas isteri pelawak, Jiggy Masin yang juga pelakon, Elly Arifin ketika ditanya mengenai desas-desus mengatakan bekas suaminya itu bakal berkahwin dengan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri.

Elly berkata, dia mendoakan segala apa yang dirancang pasangan itu dipermudahkan.

“Sebenarnya saya sudah tahu cerita ini sejak tahun lepas lagi, tapi bukan daripada mulut dia sendiri. Cuma ketika kami sama-sama terbabit dalam program Muzikal Lawak Superstar di Astro tahun lalu, saya ada cakap jangan lupa jemput kalau dah nak kahwin.

“Sebagai bekas isteri sudah tentu saya gembira apabila dia bakal menamatkan zaman solo dengan wanita pilihannya. Lagipun Jiggy juga adalah bekas pemain hoki kebangsaan sebelum ini. Saya percaya Dhabitah boleh menjaga dia lebih baik daripada saya,” katanya.

Menurut Elly, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas suaminya itu dalam apa juga keputusan yang dibuat selepas mereka berpisah dua tahun lalu.

“Saya selalu mendoakan supaya dia temui jodoh dengan cepat sebab saya tak nak dia rasa kesunyian seperti yang saya rasakan sekarang.

“Saya bukan nak cakap yang saya sunyi memanjang, tapi sudah tentu setiap orang perlukan pasangan sebagai peneman. Saya rasa Allah telah makbulkan doa saya,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapat kenyataan Jiggy tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak berjawab.

Terdahulu, timbul gosip mendakwa Jiggy dan Dhabitah sedang hangat bercinta dan sedang menyusun langkah untuk bernikah tidak lama lagi.

Elly dan Jiggy mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 selepas empat tahun bercinta. Namun, jodoh terlerai pada 30 Januari 2020 dan tidak dikurniakan cahaya mata. HM

Tumpang gembira jika Jiggy nikah dengan Dhabitah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker