Danial tak serik dikecam teruk

Danial tak serik dikecam teruk

Pelawak Danial Zaini, 30, tidak serik kembali mengacara program televisyen (TV), biarpun pernah dikecam ketika mengendalikan program realiti, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), tahun lalu.

Pemilik nama lengkap Mohamad Danial Mohd Zaini itu berkata, dia sama sekali tidak kecewa dengan apa yang berlaku, sebaliknya netizen bertindak memanaskan keadaan.



“Saya masih menerima beberapa tawaran mengacara walaupun dikecam teruk sebelum ini. Saya tidaklah sampai tahap serik untuk kembali mengacara selepas ini, boleh sahaja panggil saya.

“Tetapi, saya risau orang lain serik lihat saya mengacara. Ada yang kata saya kecewa, tetapi sebenarnya saya baik sahaja di rumah.

“Selepas kejadian itu, saya kurang mengacara, tetapi saya baik sahaja. Cuma, netizen menggembar-gemburkannya.

“Bagaimanapun, saya gembira dengan apa yang berlaku kerana sekurang-kurangnya dapat belajar perkara baharu,” katanya kepada BH Online.



Danial berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Restoran Paku & Pontianak cawangan kedua yang diusahakannya di Kampung Datuk Keramat.

Bagaimanapun, juara program realiti komedi, Lawak Solo musim pertama itu menganggap apa yang berlaku adalah pengajaran buatnya.

“Selepas kejadian itu barulah saya faham, bidang pengacaraan ini tidak hanya perlu mengikut skrip sepenuhnya. Ada masa perlu ikut dan ada masa perlu lari sikit daripada skrip bergantung kepada situasi ketika itu.

“Tidak semua perlu berpandukan skrip, cuma perlu faham perjalanan program dan selebihnya terpulang kepada kreativiti pengacara itu,” katanya.



Dalam masa sama, Danial menegaskan, perkara membabitkan sensitiviti umum tetap menjadi keutamaannya ketika mengacara.

“Sudah tentu sensitiviti perlu menjadi keutamaan ketika mengacara, tetapi dalam masa sama, kita perlukan hiburan. Program televisyen perlukan elemen kelakar dan kontroversi.

“Perkara ini tidak dapat dielakkan, apa sahaja program sangat memerlukannya. Ia sudah masuk kategori wajib, kalau tidak ada, maka tak seronok,” katanya.

Terbaharu, Danial mencabar diri dengan mengusahakan Restoran Paku & Pontianak bagi cawangan kedua yang sudah dibuka secara rasmi, baru-baru ini.



Restoran yang mengetengahkan konsep menghargai wanita itu menyediakan pelbagai juadah seperti Australian Black Angus Grain Fed Tomohawk Steak, Ribeye Steak, Sirloin Steak, Lamb Moussaka dan banyak lagi. BH

Danial tak serik dikecam teruk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad



Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker