Sophia AlBarakbah cantik dan bijak, belajar bioteknologi, graduan dietetik
Sophia AlBarakbah cantik dan bijak, belajar bioteknologi, graduan dietetik
Berdarah kacukan, kecantikan aktres sensasi Sophia AlBarakbah sememangnya tidak boleh dinafikan.
Dalam satu temu bual bersama Kosmo! sebelum ini, Sophia memaklumkan, dia dibesarkan dengan latar belakang bangsa dan budaya yang berbeza-beza.
“Ibu saya orang Cina, ayah pula Arab-Melayu. Datuk saya asal dari Yemen dan ibu bapa mereka datang dari Yemen dan Persia.
“Nenek saya orang Malaysia. Dari Kelantan,” katanya.
Tidak hanya menjual rupa paras jelita, Sophia juga seorang yang boleh dikatakan ‘beauty with brain’. Dia merupakan graduan Diploma Bioteknologi dari sebuah universiti swasta.
“Saya belajar bioteknologi dan selepas itu, saya belajar bidang dietetik. Diploma bioteknologi dan lepas itu, saya buat latihan amali selama tiga bulan untuk bidang itu.
“Kemudian, saya sedar yang saya suka belajar bidang itu (bioteknologi) tapi tak suka nak kerja dalam industri tersebut.
“Sebab kebanyakan masa saya habiskan masa dalam makmal. Agak membosankanlah dalam ‘lab’,” ujarnya.
Disebabkan itu ujar Sophia, 30, dia kemudian mengambil jurusan dietetik untuk bekerja sebagai veterinar kerana dirinya seorang yang sukakan haiwan.
“Sebenarnya nak jadi veterinar sebab saya suka haiwan. Tapi, ibu tak bagi.
“Dia tak suka haiwan sangat. Jadi, saya macam ‘okay fine’. Nak jadi doktor tapi ibu pun tak suka. Nanti tengok darah lah, orang mati lah.
“Saya pun macam ‘yelah okey’. Jadi, saya pun ambil jurusan dietetik sekurang-kurangnya bidang perubatan juga (sikit),” katanya.
Terdahulu sejak minggu ini, nama Sophia memanas selepas dia merupakan aktres yang dimaksudkan Bella Astillah sebagai pengacau rumah tangga penyanyi itu.
Isnin lalu, Bella mendedahkan heroin sebuah drama mengakui menyukai suaminya, Aliff Aziz selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah. K Online
Sophia AlBarakbah cantik dan bijak, belajar bioteknologi, graduan dietetik
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin lancar kabinet bayangan, Hadi cuma timbalannya
- Axia baharu lebih mahal tapi ini yang menanti anda
- Apa beza pinjaman beli Vellfire dan rumah?
- Ada Khairy dalam PH pun tak menambah
- ‘Sedekah’ PRU, SPRM kenal pasti 90 individu
- Pembekuan akaun Bersatu oleh SPRM, ‘bersih dan stabil’ hanya ‘sembang’
- Jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Shahrizat kembali ke gelanggang politik
- Set Menu Rahmah MYDIN Setiap Hari Hanya RM4.90
- 10 Fakta Ikan Merah
- Saya ‘diserang’ selepas tawar diri bertanding – Armand Azha
- Vin Diesel ditemui beli ikan baung
- Akaun Bersatu dibeku kerana ‘derma’ RM300 juta
- Kenapa kau lari Sophia, tanya Bella
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah