Sophia dan Aliff bercinta dalam lakonan sahaja

Sophia dan Aliff bercinta dalam lakonan sahaja

Nama pelakon baharu iaitu Sophia AlBarakbah semakin menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas terkait dengan kontroversi yang mendakwa dia menyukai suami orang yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi terkenal.

‘Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka’

Baru-baru ini, pengarah drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah iaitu Osman Ali memberitahu bahawa dia tidak mahu menuduh sesiapa berhubung pendedahan oleh isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang mendakwa seorang aktres mengaku tersuka suaminya.

Bercerita dengan lebih lanjut, Osman berkata, kedua-dua pelakon iaitu Sophia dan Aliff hanya melakonkan watak secara profesional di set penggambaran malah kemesraan yang dipamerkan mereka hanyalah atas dasar kerja.

Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka. Tapi setahu saya, kedua-duanya tidak ada apa-apa hubungan.

Saya tidak nampak ada masalah antara mereka berdua. Mereka cuma berlakon sahaja dan perlu menyukai sesama sendiri. Kalau berlakon bercinta, kena betul-betul bercinta. Tapi perasaan suka itu tidak perlu dibawa sehingga keluar set penggambaran. Hanya dalam watak sahaja.

Dalam masa yang sama, Osman menafikan bahawa kontroversi berkenaan adalah untuk publisiti drama.

Jadi tidak adil bagi mereka kerana masing-masing sedang bekerja. Mereka suka hanya dalam lakonan sahaja. Saya tidak nampak antara Sophia dan juga Aliff, mereka ada hubungan peribadi. Memang tidak ada. Jadi saya harap cerita ini dihentikan
Sumber: Kosmo

Sophia dan Aliff bercinta dalam lakonan sahaja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen

Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker