Amelia berani kerana benar

Amelia berani kerana benar

Di sebalik raut wajah dan tutur kata lembut, wanita berdarah kacukan Sri Lanka-Scotland berpendirian teguh. Ketegasan membuat keputusan membuktikan model, pengacara dan pelakon, Amelia Henderson, 28, bukan mudah dipijak dan diperkotak-katikkan.

Terpalit kontroversi dengan sebuah syarikat produksi, pelakon yang melangkah ke dunia seni sebagai model jenama barangan kanak-kanak terkemuka dunia seawal usia 10 bulan itu tegas memperjuangkan haknya, tidak sedikit pun gentar.

Luahnya, dia sedaya upaya bersikap profesional demi menjaga nama baik selepas lebih sedekad dalam industri seni. Namun, ada perkara yang berlaku di luar kawalannya.

Apa sahaja tindakannya demi mempertahankan reputasi dan nama baik. Namun, kelantangannya itu juga bakal memberi kesan dan mengancam kerjanya, tidak mustahil ada syarikat produksi yang ‘takut’ dengan keberaniannya itu.

Amelia berkata, dia tidak bimbang situasi itu, malah, pendiriannya tetap berani kerana benar.

“Setakat ini, saya belum terkesan dengan apa-apa isu. Mungkin ada yang memperkatakannya, itu saya tidak tahu.

“Saya masih lagi sibuk di lokasi penggambaran. Jadi, ia sudah cukup untuk saya simpulkan, saya masih bekerja,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Pulau, baru-baru ini.

Bakal muncul di layar perak pada 9 Mac depan, Amelia memegang teraju utama filem Pulau bergenre triller seram arahan Euho.

Amelia yang pernah menjadi rakyat Malaysia pertama menerima Anugerah Seal Solo, gred tertinggi dalam Akademi Tarian Diraja New Zealand pada usia 18 tahun itu berharap, peminat yang menonton filem Pulau datang dengan hati terbuka.

Ini kerana, filem terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio itu cuba menjual filem dengan menampilkan beberapa pelakon wanita berpakaian ‘seksi’, malah lebih berani ada yang berbikini.

Bagaimanapun, Amelia berkata, penonton tidak terus menjatuh hukum, sebelum menonton filem Pulau.

Sebaliknya, katanya, tonton filem terlebih dahulu sebelum melemparkan tohmahan.

“Jangan jatuhkan hukuman hanya disebabkan melihat trailer filem Pulau. Pergi menonton untuk mengetahui keseluruhan jalan cerita.

“Ini kerana kelainan yang cuba dipaparkan dalam filem Pulau adalah salah satu usaha membawakan naskhah tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Bagi saya, tiada isu berhubung elemen yang dipaparkan dalam filem ini. Penonton yang tidak sukakan dengan aksi ‘daring’ pelakon dinasihatkan tidak menonton filem ini,” katanya.

Pelakon yang mula mencipta populariti menerusi drama Pengantin 100 Hari dan Jangan Benci Cintaku itu berkata, dia gembira kerana buat kali pertama bergandingan dengan adiknya, Alex Henderson, 23.

Amelia berkata, dia sudah lama memujuk berlakon, akhirnya Alex bersetuju berlakon dalam filem Pulau.

Menjalani penggambaran filem Pulau di Pulau Langkawi selama dua minggu, Amelia berkata, kehadiran Alex membuatkannya selamat apabila ada ahli keluarga menemani.

Amelia bersama pengarah dan barisan pelakon filem Pulau yang bakal ditayangkan pada 9 Mac depan. – NSTP/Amiruddin Shahib
Amelia bersama pengarah dan barisan pelakon filem Pulau yang bakal ditayangkan pada 9 Mac depan. – NSTP/Amiruddin Shahib
Ujar Amelia, Alex lebih gemar bekerja di sebalik tabir, namun, dirinya tahu adiknya itu berbakat. Disebabkan itu, sering memujuk Alex untuk terjun dalam bidang lakonan.

“Sudah berkali-kali saya memujuk, tetapi Alex lebih selesa berada di dunia balik tabir. Saya tentunya paling gembira apabila Alex bersetuju berlakon dalam filem Pulau.

“Saya juga sedang memujuknya berlakon dalam beberapa projek lain, tetapi setakat ini, Alex belum memberikan kata putus. Tetapi, saya tidak akan berputus asa mengajaknya.

“Jika ada yang menuduh Alex ingin menumpang populariti saya, itu memang tidak benar. Alex tidak pernah menggunakan nama saya untuk popular, sebaliknya saya yang beriya-iya mengajaknya berlakon.

“Alex juga lebih selesa bekerja di balik tabir, di mana kami bekerjasama selaku penerbit,” katanya.

Selain Amelia dan Alex, filem Pulau dibintangi Alif Satar, Ikmal Amry, Namron, Sabronzo (Dolla), Wan Hanafi Su, Harris Annuar, Sanja Suri, Joey Leong, Cedric Loo dan ramai pelakon dari pelbagai latar belakang. BH

Amelia berani kerana benar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker