Remy Ishak makin selekeh lepas kahwin, ini katanya

Remy Ishak makin selekeh lepas kahwin, ini katanya

Pelakon Remy Ishak berlapang dada dengan kritikan segelintir pihak menyifatkan penampilannya semakin selekeh atau tidak terjaga sejak bergelar suami.

Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 41, berkata, dia percaya setiap manusia yang hidup di muka bumi ini akan melalui perubahan tersebut apabila semakin berusia.

“Benda ini memang dah jadi lumrah buat saya. Pandangan atau mentaliti orang memang begitu.

“Saya sama sahaja. Biasa sahaja. Saya tak sedar pun tapi orang lain mungkin perasaan benda itu (perubahan penampilan).

“Mungkin para peminat, sebilangan mereka skeptikal apabila artis kesayangan mereka dah jadi hak milik seseorang, terus dah jadi lain,” katanya kepada Kosmo! Online.

Getus Remy yang bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Harum Malam lagi, normal apabila sudah berkahwin, peminat lari.

“Macam kalau saya suka kepada seseorang atau suka tengok seseorang, tapi bila orang itu buat silap sikit, rasa minat itu hilang.

“Benda ini normal. Kadang-kadang bila kita dah kahwi, minat orang menjadi berkurangan. Muncul dakwaan yang tak okey dan sebagainya.

“Tak mengapalah. Saya pun sebenarnya tak tahu nak komen apabila orang fikir saya begitu (selekeh lepas kahwin),” ujarnya.

Mengulas lanjut, Remy yang sudah membintangi 30 buah filem sepanjang 18 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan enggan mengambil pusing jika tidak lagi digilai peminat sama seperti zaman bujang.

“Ada peminat ke, tiada peminat ke, saya pun tak tahu. Saya bawa diri macam biasa.

“Saya sendiri tak sedar sama ada digilai atau tidak. Tapi, alhamdulillah sampai sekarang usia dah 40 tahun, tawaran berlakon masih ada (ketawa),” katanya.

Remy berkahwin dengan usahawan, Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021 biarpun sebelum itu, perhubungan mereka pernah dilanda badai apabila tali pertunangan putus pada Mei 2017. K Online

Remy Ishak makin selekeh lepas kahwin, ini katanya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker