Pelakon wanita cuba dekati suami saya – Bella Astillah

Pelakon wanita cuba dekati suami saya – Bella Astillah

Aktres dan penyanyi, Bella Astillah kesal dengan gelagat seorang pelakon wanita yang didakwa cuba mendekati suaminya, Aliff Aziz.
Advertisement

Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah mendakwa pelakon wanita terbabit sudah berkali-berkali membuat panggilan telefon kepada Aliff, hingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.

“Sebelum ini, hari-hari pelakon wanita itu membuat panggilan telefon kepada Aliff dan saya rasa, perbuatan itu tidak perlu. Kadang-kadang dia buat panggilan sampai tujuh hingga lapan kali.

“Pada awalnya, saya tidak tahu itu nombor telefon siapa. Selepas bertanya kepada seorang rakan artis, barulah saya tahu itu nombor telefon siapa,” katanya kepada BH Online.

Bella berkata, insiden itu menguji kesabaran apabila pelakon wanita terbabit didakwa tidak menghormatinya sebagai isteri kepada Aliff.

“Apa yang berlaku itu membuatkan saya sangat marah kerana saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang.

“Saya berganding dengan Zamarul Hisham dalam drama Aku Tanpa Cintamu. Saya tak pernah berhubung dengan dia secara langsung, kecuali di set penggambaran.

“Jika ada apa-apa pun, kami hanya berhubung melalui WhatsApp atau membuat panggilan telefon kepada isteri Zamarul iaitu Diana Rafar.

“Tiada keperluan untuk saya hubungi Zamarul,” katanya ditemui selepas konsert separuh akhir Famili Duo musim kedua di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Bagaimanapun, Bella berkata, pelakon wanita terbabit sudah memohon maaf kepadanya selepas ditegur.

“Selepas ditegur, dia mesej saya dan minta maaf. Dia cakap dirinya bodoh kerana sudah ‘tersuka’ dengan suami saya.

“Kalau dia menjalani penggambaran dengan pelakon bujang tidak mengapa, pergilah. Kalau mahu telefon hari-hari atau keluar berdua pun tak apa kerana tiada siapa akan marah,” katanya.

Sementara itu, di pentas Famili Duo, Bella dan sepupunya, Wani Kayrie antara empat pasangan yang mara ke peringkat akhir, Ahad ini.

Tida lagi pasangan adalah Ayda Jebat dan adiknya, Fyna Jebat, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah yang juga adik-beradik serta Sissy Imann dan Naim Daniel (sepupu).

Konsert Famili Duo peringkat akhir yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000, akan disiarkan secara langsung TV3, Ahad ini jam 9 malam. BH

Pelakon wanita cuba dekati suami saya – Bella Astillah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker