Les’ Copaque raih RM71 juta dari YouTube

Raih RM71 Juta, Dengan Jumlah Pendapatan Tertinggi Malaysia

Pada saban tahun, pencipta kandungan di YouTube telah dilaporkan berjaya meraih pendapatan mencecah jutaan ringgit. Menariknya, pencipta kandungan tempatan juga tidak terkecuali di dalam senarai saluran yang meraih pendapatan tertinggi di rantau Asia Pasifik.

Menerusi laporan Saving Spot, saluran YouTube di Malaysia yang paling menguntungkan adalah Les’ Copaque yang mana telah berjaya menjana pendapatan $16.73 juta (~RM71 juta) sejak diperkenalkan.

Perkara ini sekaligus telah meletakkan saluran Les’ Copaque selaku pengeluar kartun Upin & Ipin sebagai antara lima saluran paling menguntungkan di rantau Asia Pasifik. Saluran yang paling menguntungkan di rantau ini adalah ChuChu TV dari India dengan jumlah pendapatan mencecah hampir $82 juta (~RM347.4 juta).

Di samping itu, saluran YouTube Cocomelon pula muncul sebagai saluran YouTube paling menguntungkan dengan anggaran $282.2 juta (~RM1.19 trilion) terkumpul daripada videonya sejak ia dicipta pada tahun 2006.

Menurut Saving Spot, saluran YouTube paling menguntungkan pada waktu ini adalah yang menyasarkan golongan kanak-kanak. Di Malaysia, saluran kanak-kanak yang menjana pendapatan tertinggi selain Les’ Copaque ialah Didi & Friends yang kini berjaya menjana $10.56 juta (~RM45 juta) setakat ini.

Konklusinya, buat mereka yang mahu mula berjinak dengan arena YouTuber dan mahu menjana pendapatan lumayan, boleh pertimbangkan saluran yang menyasarkan golongan kanak-kanak. Perkara ini jelas terbukti kerana ibu bapa lebih cenderung untuk memainkan video yang berunsurkan kanak-kanak kepada anak kecil mereka. Vc

Les’ Copaque raih RM71 juta dari YouTube

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker