Henry Golding dalam senarai 10 lelaki kacak dunia

Henry Golding dalam senarai 10 lelaki kacak dunia

Pelakon dan pengacara Malaysia – British, Henry Golding tersenarai dalam kelompok 10 lelaki terkacak di dunia berdasarkan satu kajian saintifik kuno, Golden Ratio of Beauty Phi yang digunakan di zaman Greek Kuno.

Markah itu dikumpul menggunakan teknik pemetaan wajah berkomputer oleh doktor bedah kosmetik, Dr Julian De Silva yang mana menggunakan teknologi terkini dalam kerjanya.

“Berada di tempat kesembilan, Golding mendapat markah 87.98 peratus dengan peratusan markah tertinggi adalah bentuk dagu dan jarak antara kedua-dua matanya.

“Namun, bentuk hidung dan bentuk wajahnya mencatatkan markah yang tidak terlalu tinggi,” katanya.

Bintang filem Crazy Rich Asians itu berada di hadapan pelakon, Dwayne Johnson yang mencatat markah 86.07 peratus.

Tempat pertama dalam senarai itu adalah pelakon Bridgerton, Regé-Jean Page dengan markah 93.65 peratus diikuti Chris Hemsworth (93.53 peratus), Michael B Jordan (93.46 peratus), Harry Styles (92.3 peratus), Jude Bellingham (92.22 peratus), Robert Pattison (92.15 peratus), Chris Evans (91.92 peratus) dan George Clooney (89.91 peratus). HM

Henry Golding dalam senarai 10 lelaki kacak dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker