Sissy Iman berkurung dalam bilik

Sissy Iman berkurung dalam bilik

Berkurung dalam bilik, mendiamkan diri dan hanya keluar apabila dipanggil untuk makan.

Demikian penjelasan bapa penyanyi, Sissy Iman iaitu Mohammad Kamil Mustaffa, 59, mengenai keadaan anaknya sekarang.

“Melihatkan keadaannya, saya sedih tapi selama ini dia tetap sudah buat yang terbaik untuk membanggakan kami sekeluarga. Sissy ini seorang anak yang kuat, berdedikasi dan sangat komited dalam semua perkara yang dibuatnya,” katanya.

Ia dipercayai berkaitan dengan kritikan pedas yang diterima Sissy daripada juri program Famili Duo, Mas Idayu, Ahad lalu.

Mohammad Kamil berkata, dia juga tidak sangka ramai insan berhati mulia yang terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada anaknya itu umpama kasih sayang tanpa syarat selepas apa yang berlaku itu.

“Berlinang air mata ini apabila membaca komen dan doa yang baik-baik diberikan sebagai tanda sokongan kepadanya. Saya dan keluarga akan terus di belakang Sissy untuk menjadi pemangkin semangat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Kamil turut menafikan tindakan Sissy mahu menjual album sulungnya yang dirakam di Studio Abbey Road, London dengan harga RM20 adalah satu gimik.

Mohammad Kamil berkata, apa yang berlaku baru-baru ini memberi impak besar terhadap anaknya itu.

Katanya, dia sendiri terkejut dengan keputusan Sissy itu.

“Bagi Sissy, ia adalah pencapaian terbesar buat dirinya yang diimpikan selama ini, dengan kos pembikinan pula mencecah jumlah besar yang dikumpul dari hasil titik peluhnya. Sebagai bapa, semestinya saya sentiasa menyokong apa yang ingin lakukan anak-anak,” katanya.

Terdahulu, Sissy yang bergabung dengan penyanyi dan pelakon, Naim Daniel dalam program Famili Duo menerima kritikan pedas Mas Idayu selepas mempersembahkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam irama keroncong.

Rentetan kritikan itu, Sissy dilihat menangis di atas pentas.

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang menyaksikan persembahan itu memberi komen positif dan beranggapan apa yang dipersembahkan satu kelainan kerana Sissy dan Naim bukan hanya menyanyi, tapi berlakon juga mengikut tema tugasan minggu keenam itu. HM

Sissy Iman berkurung dalam bilik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker