Saya tak setanding Syamsul – Syafiq

Saya tak setanding Syamsul – Syafiq

Pengarah Syafiq Yusof terima kritikan dengan hati terbuka apabila drama bersiri baharu arahannya, Special Force Anarchy dikritik teruk sehingga dilabel seperti ‘najis’ oleh seorang YouTuber popular.

Adik kepada pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof itu tidak menjangka karyanya mendapat ‘rate’ serendah satu bintang sahaja.

“Jujur, aku tidak sangka orang yang bagi lima bintang untuk filem Mat Kilau hanya boleh bagi satu bintang untuk karya aku. Serendah itu?

“Tidak mengapa. Aku terima pandangan orang lain dengan hati yang terbuka. Terima kasih hadir tayangan perdana Special Force Anarchy,” ciapnya.

Berdasarkan ciapan baru, Syafiq akur menerima segala kritikan terhadap karyanya dan memperbaiki segala kesilapan.

“Aku memang sepatutnya terima segala kritikan terhadap karya aku. Akan terus perbaiki kesilapan dalam karya pada masa akan datang. Maaf semua,” ujarnya.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA ciapan terbabit sudahpun dipadam.

Jun tahun lalu, Syafiq berkongsi luahan perasaannya di Twitter yang menggambarkan abangnya, Syamsul mempunyai sentuhan magis dalam perfileman seperti bapa, Datuk Yusof Haslam.

“Abang aku memang dari dulu ada ‘this golden touch’ sama macam papa aku masa muda. Aku saja yang filem kadang-kadang laku, kadang-kadang tak laku..

“Tetapi tidak mengapa, rezeki itu ketentuan Tuhan. Yang penting kita jalan terus buat sebaik mungkin,” ujarnya. XTRA

Saya tak setanding Syamsul – Syafiq

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker