Selangor tempatkan 150 sukarelawan bantu kelancaran CAC daerah

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor hari ini bersetuju menempatkan 150 sukarelawan merangkumi penjawat awam, penguat kuasa pihak berkuasa tempatan, petugas perubatan serta pelajar perubatan swasta bagi membantu kelancaran di pusat penilaian Covid-19 (CAC) negeri itu.

Menteri Besarnya, Amirudin Shari berkata pertambahan sukarelawan berkenaan akan membantu pengurusan trafik serta pesakit Covid-19, selain penilaian pesakit terutama di CAC Daerah Petaling di Stadium Malawati, yang menerima kedatangan pesakit Covid-19 tertinggi sejak bulan lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri turut bersetuju mewujudkan pusat panggilan yang dianggotai sukarelawan perubatan bertujuan membantu mengurangkan beban di CAC dalam menjalankan penilaian pesakit di rumah atau ‘home assessment’.

“Statistik mendapati bahawa 48% pengunjung yang hadir ke CAC Stadium Malawati adalah bagi urusan pemotongan gelang kuarantin ataupun penamatan ‘home quarantine’.

“Oleh itu mulai minggu hadapan, kerajaan negeri akan mewujudkan kaunter khas bagi tujuan pemotongan gelang ataupun penamatan kuarantin di rumah,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, inisiatif itu bagi mengurangkan kesesakan di CAC Stadium Malawati, yang juga pusat saringan Covid-19 terbesar negara.

Pada masa sama ini akan mengurangkan risiko jangkitan kepada mereka yang sudah tamat kuarantin.

‘Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk ibu mengandung’ – KJ

Selain itu, katanya, kerajaan negeri mencadangkan klinik dan fasiliti perubatan swasta yang mempunyai pengamal perubatan dibenarkan melaksanakan Perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO).

“Ini membolehkan mereka memberi kebenaran pemakaian gelang kuarantin kepada mereka yang didapati positif serta kontak rapat.

“Dengan pelaksanaan ini maka pesakit Covid-19 tidak perlu hadir ke CAC daerah tetapi boleh ke CAC swasta, sekali gus dapat mengurangkan beban di CAC daerah terutamanya CAC Stadium Malawati,” katanya.

Di Selangor terdapat 65 pengamal perubatan yang diberi kebenaran untuk melaksanakan HSO. Senarai CAC swasta tersebut akan dimaklumkan kemudian, katanya.

Mengenai situasi di MAEPS, beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan mengenai penambahan 300 katil dan wad ICU, manakala 1,300 katil akan ditambah di MAEPS, Serdang.

Kemudahan seperti 20 unit khemah lengkap dengan kipas, kerusi dan sistem PA turut ditambah baik di CAC Petaling iaitu di Stadium Malawati semenjak semalam untuk keselesaan orang ramai.

“Ketetapan baharu turut dibuat agar MAEPS Serdang hanya akan merawat pesakit dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berikutan keputusan mewujudkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di beberapa negeri lain di wilayah tengah seperti Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor.

“Kerajaan negeri akan terus memantau keadaan semasa mengenai situasi Covid-19 di Selangor dan akan terus melaksanakan langkah-langkah proaktif di bawah kapasiti yang ada bagi menangani perebakan wabak ini,” katanya.

Selangor masih mencatatkan jangkitan harian Covid-19 tertinggi dengan 1,650 kes hari ini, menjadikan bilangan kumulatif di negeri itu sebanyak 155, 283 kes setakat ini.

‘Bohong dan fitnah’ – McDonald’s Malaysia nafi salur bantuan pada Israel

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Malaysia sedia hantar ATM ke Palestin – Ismail Sabri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker