Zainal Abidin belum bersedia untuk jawab

Zainal Abidin belum bersedia untuk jawab

“Maaf, saya belum bersedia nak beri sebarang kenyataan (berhubung apa yang berlaku).”

Demikian kata bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan berhubung pergaduhan melibatkan dua isterinya di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Zainal, 62, yang merupakan bekas ketua jurulatih kelab bola sepak Penang F.C. berkata, jadualnya sangat sibuk buat masa ini.

“Saya sangat sibuk sekarang. Hubungi saya esok lusa, insya-Allah,” katanya kepada Kosmo! Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Selepas memberikan jawapan tersebut, Zainal yang juga bekas pemain bola sepak terkenal era 1980-an dan 90-an itu terus menamatkan panggilan selain pesanan dalam aplikasi WhatsApp tidak berbalas.

Terdahulu, nama Zainal menjadi sebutan ramai apabila dia berkahwin kali kedua sedangkan masih bergelar suami kepada isteri pertama dengan wanita muda yang juga merupakan seorang penyanyi, Fyna Jebat.

Disangka panas sampai petang, kiranya hujan tengah hari, timbul cerita kurang enak didengar apabila difahamkan, kedua-dua isterinya berbalah di sebuah restoran mamak selepas Fyna selesai mengadakan persembahan dalam program realiti, Famili Duo.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bintang bola sepak terkenal itu.

Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh di tempat awam).

Hasil siasatan mendapati, suspek (isteri pertama) marah kepada penyanyi itu kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuan dirinya. K Online

Zainal Abidin belum bersedia untuk jawab

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker