Penerbit ‘nakal’ sengaja uji kepekaan LPF?

Penerbit ‘nakal’ sengaja uji kepekaan LPF?

Penjelasan Lembaga Penapis Filem (LPF) berhubung kontroversi filem Pulau dengan mendedahkan wujud perbezaan antara kandungan treler dalam media sosial dan kandungan dikemukakan untuk penapisan membuktikan wujud kelompok penerbit bersifat ‘nakal’.

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima mendakwa walaupun garis panduan disediakan LPF sudah jelas, ‘kenakalan’ penerbit yang mahu mencuba nasib melihat sejauh mana kepekaan LPF dalam menjalankan tugas menyebabkan berlakunya kontroversi apabila babak sensitif dan melanggar garis panduan terlepas untuk tayangan.

“Sebagai penerbit, garis panduan apa yang boleh dan tidak dilakukan sangat jelas.

“Saya tidak tertekan dengan garis panduan dikeluarkan. Tetapi, saya pelik apabila babak sensitif secara terangan melanggar garis panduan ditayangkan.

“Bagaimanapun, saya faham mungkin perkara itu berlaku akibat tersalah pandang. Namun, saya tidak menolak kemungkinan babak ini terlepas kerana disengajakan.

“Kadang-kadang penerbit ada juga nakalnya. Mereka sengaja mahu mencuba nasib dengan menyelitkan babak sensitif yang boleh dijadikan umpan untuk menarik penonton.

“Jika secara kebetulan berlaku situasi tersalah pandang ketika proses penapisan dijalankan, tak pasal-pasal babak yang sepatutnya ditapis, terlepas tayangan.

“Apabila ia berlaku, memang malang apabila ditularkan seperti filem Pulau,” katanya kepada BH Online.

Hasil pemerhatiannya terhadap perkembangan industri perfileman, pengarah filem Embun ini mendakwa, terdapat banyak babak sensitif ditayangkan tanpa rasa bersalah, sejak akhir ini.

“Bila sebut pasal garis panduan, saya tahu ramai akan tertumpu kepada adegan seks. Bagaimanapun, mereka lupa ada banyak babak lain yang tidak dibenarkan seperti keganasan dan menyentuh sensitiviti agama.

“Saya lihat ada banyak filem masih mengetengahkan babak ganas. Walaupun cerita seram, tetapi babak pembunuhan yang dipaparkan sangat mengerikan dengan percikan darah.

“Selain itu, amalan khurafat yang ditayangkan dalam filem jelas melanggar garis panduan,” dakwa Erma ketika ditemui pada majlis pelancaran Mak Cun Mart di Ukay Perdana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pasaraya mini yang memulakan operasinya sejak awal Januari lalu memasarkan lebih 300 produk makanan yang dihasilkan penggiat industri kecil dan sederhana (IKS).

Penerbit ‘nakal’ sengaja uji kepekaan LPF?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker