Jangan kacau suami orang – Wawa Zainal

Jangan kacau suami orang – Wawa Zainal

Pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal menasihatkan mana-mana wanita yang ingin berkahwin agar tidak memilih lelaki berstatus suami orang.

Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin menegaskan, kaum wanita sepatutnya melindungi dan menghormati perasaan serta tidak menghancurkan kebahagiaan perasaan sesama kaum.

“Mana-mana perempuan di luar sana tu, janganlah ‘merenyam’.

“Kalau dah tahu suami orang, janganlah kacau sebab kita sepatutnya memahami isi hati sesama perempuan,” katanya kepada Kosmo! Online usai majlis Lagenda Kembali Asmaradana Wawa X Rozyana di ibu negara, semalam.

Mengulas lebih lanjut tentang poligami, Wawa, 32, bagaimanapun tidak menolak mentah-mentah perihal terbabit asalkan perkahwinan mendapat restu individu terlibat.

“Kalau perempuan itu setuju atau rela hati dimadukan, okey sahaja. Tapi, kalau dia tak rela dimadukan, tak bolehlah kot.

“Ada sahaja isteri pertama rela dimadukan sebab dia bosan di rumah ke,” ujarnya.

Sementara itu, diajukan soalan sama kepada suami, Aeril Zafrel, dia tidak mahu memeningkan kepada beristeri lebih daripada satu walaupun perkara tersebut tidak dilarang dalam agama Islam.

“Saya sebenarnya tak nak pening. Sebenarnya, kalau kita ada orang lain, bertambah pening. Ada satu pun dah pening.

“Saya ni jenis lelaki yang bukan tak ambil kisah tapi banyak lagi benda yang nak difikirkan. Dengan anak-anak lagi.

“Ada kucing lagi. Kalau tambah bini, ‘confirm’ sakit kepala. Rambut dah baik-baik lebat sekarang, nanti botak pula,” jelasnya.

Terdahulu, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan perkahwinan sutradara, Syamsul Yusof dengan isteri kedua, Ira Kazar di Thailand sehingga membawa kepada tuntutan cerai isteri pertama, Puteri Sarah. K Online

Jangan kacau suami orang – Wawa Zainal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker