Anna tak ambil hati

Anna tak ambil hati

Sejak drama Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan di TV3 meledak tahun lalu, pasangan serasi popular Meerqeen dan Anna Jobling semakin kerap muncul bersama di hadapan umum.

Malah, kemesraan yang dipamerkan dua bintang muda ini turut meraih perhatian ramai apabila ada yang mendakwa pasangan ini sedang menjalin hubungan cinta.

Biarpun masing-masing pernah menjelaskan status sebenar hubungan mereka yang sekadar kawan, namun ada segelintir pihak yang masih menganggap mereka mempunyai hubungan istimewa.

Tidak melatah apabila pertanyaan sama diajukan kepadanya, Anna sebaliknya menjelaskan setiap orang mempunyai pandangan berbeza-beza mengenai dirinya dan Meerqeen.

“Saya tak pernah ambil hati atau rimas apabila ada pihak yang tidak henti mengatakan saya dan Meerqeen sedang bercinta.

“Bagi saya, setiap orang mempunyai pandangan peribadi mengenai kami, tapi apa yang penting kami tidak mengambil setiap komen itu terlalu serius selain tidak fokus dengan komen negatif yang dilemparkan,” katanya.

Sebelum ini Anna pernah menafikan wujud cinta lokasi antara mereka sebaliknya ia bukti keserasian ketika menjayakan drama Melur Untuk Firdaus.

Kata pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman ini, dia sudah lali apabila dirinya sering digosipkan dengan jejaka tampan itu.

“Fokus utama saya sekarang adalah untuk memastikan penggambaran drama Melur Untuk Firdaus musim kedua dijayakan dengan sebaik mungkin.

“Saya tidak boleh menutup mulut netizen untuk bercakap apa saja mengenai kami, tapi apa yang boleh saya katakan fokus kami kini hanya terhadap drama dan karier seni yang masih baharu,” katanya.

Ditanya adakah dia bersedia jika ditakdirkan bercinta dengan pelakon, Anna berkata, dia tidak menolak sekiranya jejaka itu memiliki karakter yang dicari.

“Selagi dia menepati ciri-ciri yang saya cari saya okey saja. Soal jodoh ini adalah rahsia Tuhan, saya pun tak tahu siapa jodoh saya nanti,”katanya.

Mahu kembang bakat ke luar negara

Mengakui teruja apabila drama Melur Untuk Firdaus bakal memasuki musim kedua, Anna berkata, dia akan memberikan sepenuh tenaga dan usaha untuk memastikan drama terbabit mendapat maklum balas positif daripada penonton.

“Saya sangat teruja dan gembira kerana drama ini berjaya menaikkan nama saya dalam industri seni. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk drama ini.

“Saya dan Meerqeen akan membawakan sedikit kelainan dalam drama ini iaitu kami menukar watak Melur dan Firdaus menjadi lebih matang.

“Selain itu, musim kedua ini juga ada memperkenalkan watak baharu. Jadi, kami sangat teliti dan cuba menjayakan watak yang diberikan dengan sebaik mungkin,” katanya.

ANNA terbuka sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelakon.
ANNA terbuka sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelakon.
Menyentuh mengenai perancangan kerjaya seni pada tahun ini, Anna berkata, dia berhasrat mengembangkan karier lakonannya di luar negara.

“Tahun ini saya nak cuba mengintai peluang menembusi pasaran antarabangsa. Saya teringin nak bekerja dengan produksi luar negara.

“Bagaimanapun, saya sedar proses ini mengambil masa dan akan terus mencari peluang baharu supaya impian itu dicapai tahun ini,” katanya. HM

Anna tak ambil hati

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker