Jihan iri hati dengan Elly?

Jihan iri hati dengan Elly?

Pengacara Jihan Muse menepis tanggapan iri hati dengan Elly Mazlein yang menggantikan tempatnya untuk mengendalikan program realiti, Gegar Vaganza musim kesembilan, November tahun lalu.

Sebaliknya, kata Jihan, dia melihat pemilihan Elly sebagai hos GV adalah tepat kerana berjaya mengendalikan program realiti itu dengan baik hingga menjadi bualan ramai.

“Tiada rasa iri hati pun. Bukan saya tak nak buat atau kena buang kerja. Saya cuti bersalin.

“Lagipun, bila sebut pasal pengganti, yang terlintas dalam fikiran saya adalah Kak Lina (panggilan Elly) atau mungkin Sherry Al-Hadad. Ini kerana muka-muka ini sahaja yang sesuai untuk program seperti itu.

“Sejujurnya, saya seronok dan terhibur menonton aksi Elly dan berjaya menjadikan program GV9 meletup,” katanya kepada BH Online.

Mengulas apakah reaksi jika penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu kekal mengacarakan program GV pada masa akan datang, pelakon filem Hero: Jangan Bikin Panas ini reda dengan segala kemungkinan yang berlaku.

“Tak berani nak cakap apa-apa, tetapi jika rasa itu lebih baik, kita nak cakap apa?

“Sebagai pengacara, ini memang kerja kita. Kalau perlu buat, kita buat. Kalau tidak, kita buat kerja lain.

“Contohnya, macam hari ini, tak dapat buat GV, saya terima tawaran mengacarakan acara berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke- 37 (AJL 37),” ungkapnya positif.

Terdahulu, Jihan dan Sherry Alhadad diumumkan sebagai hos AJL 37 pada sidang media di PJ Performing Arts Centre di Bandar Utama.

Mengulas pemilihannya sebagai hos AJL 37, Jihan atau nama sebenarnya, Nuur Jihan Muse mengakui tidak sabar untuk kembali bekerja selepas bercuti setahun kerana melahirkan anak.

“Tawaran datang tepat pada masanya. Ini kerana saya memang mahu kembali bekerja selepas setahun berehat selepas bersalin.

“Bila lama cuti, rasa juga ketinggalan kerana ada banyak cara terkini berlaku dalam dunia pengacaraan.

“Jadi, saya harap Sherry dapat membimbing dan memberi panduan kerana berpengalaman mengacarakan AJL,” ujar Jihan.

Bertemakan dimensi Muzik, AJL 37 bakal bersiaran dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari depan. BH

Jihan iri hati dengan Elly?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker