Shila Amzah umum hamil

Shila Amzah umum hamil

Penyanyi, Shila Amzah akhirnya menjawab desas desus kehamilan apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lain.

Shila, 34, berkata, dia dan suami, Ubai MZ memilih untuk merahsiakan kehamilan sebelum ini kerana mahu memastikan kandungannya berada dalam keadaan baik dan berjalan lancar.



“Ada sebab kenapa kami baru umumkan kepada semua orang. Kami buat demikian untuk memastikan tempoh kehamilan ini berjalan lancar.

“Terima kasih kepada yang mendoakan sebelum ini. Doakan semoga kandungan saya selamat dan dipermudahkan segalanya,” ujarnya.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah mengumumkan berita gembira tersebut menerusia sebuah hantaran video yang dimuat naik di Instagramnya semalam.

Dalam hantaran sama, Ubai yang juga seorang pempengaruh turut berkongsi memori suka duka yang telah dilalui bersama tahun lalu terutama saat kehilangan adik dan ibunya.



“2023 sebenarnya meninggalkan peristiwa manis dan sedih yang banyak mengajar kami berdua. Dalam tahun itu juga kami mengambil keputusan berkahwin.

“Tahun lepas juga arwah adik pergi sebelum majlis pertunangan kami, diikuti pula pemergian arwah mak beberapa hari sebelum kami bernikah.

“Selesai cerita kami di tahun 2023 dan di tahun 2024 ini kami ingin membukanya dengan satu perkhabaran,” kongsinya.

Sebelum ini, pengguna media sosial mula berteka teki tentang kehamilan penyanyi Memori Tercipta itu apabila melihat perubahan mendadak melibatkan berat badannya. Utusan



Shila Amzah umum hamil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan



Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000



Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker