‘Pulau’ bukan filem porno – LPF

‘Pulau’ bukan filem porno – LPF

Lembaga Penapisan Filem (LPF) memaklumkan filem “Pulau” yang mendapat perhatian umum ketika ini adalah sebuah filem seram bukannya porno seperti dihebahkan.

Dalam kenyataan, agensi bawah Kementerian Dalam Negeri itu menjelaskan terdapat perbezaan antara kandungan treler dikongsikan di media sosial dengan kandungan dikemukakan untuk penapisan.



“LPF mengambil maklum isu berbangkit bagi filem bertajuk ‘Pulau’ yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat umum setelah promosi filem ini dimulakan melalui perkongsian poster dan sedutan treler menerusi media sosial.

“Treler filem ‘Pulau’ ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet), maka didapati bahawa kandungan yang ditayang tersebut adalah di luar bidang kuasa LPF,” katanya.

LPF berkata, dalam mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan filem dan bahan publisiti filem, pihaknya akan meneliti dan memberikan perhatian khusus berpandukan Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) KDN 2010 yang merangkumi keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya, serta ketertiban dan ketatasusilaan.

Sedutan filem “Pulau” ditayangkan di YouTube baru-baru ini mengundang kritikan warganet yang kesal dengan adegan panas dipaparkan termasuk babak wanita memakai bikini.



Beberapa pemimpin termasuk daripada PAS lantang menggesa LPF mengkaji semula kelulusan tayangan filem itu pada 9 Mac ini kerana memaparkan adegan panas dan pelakon berpakaian kurang sopan.

Filem “Pulau” arahan Euho itu dibarisi Alif Satar, Amelia Henderson, Namron, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi, Vikal dan ramai lagi. FMT

‘Pulau’ bukan filem porno – LPF

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan



Anak artis wanita popular dihukum penjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker