Agong zahir ucapan tahniah kepada Dr Adeeba, Helen Selvanathan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman yang dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara 2023.

Menurut catatan di Instagram Istana Negara, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sukacita dan bangga serta menyifatkan anugerah itu pengiktirafan kepada Dr Adeeba sebagai antara individu berprestasi tinggi di negara ini dan persada dunia.

Al-Sultan Abdullah menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan kepada usaha gigih, pencapaian dan sumbangan beliau kepada bidang perubatan, penyelidikan penyakit berjangkit serta advokasi perubatan di Malaysia dan di pentas antarabangsa.

“Seri Paduka menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,” menurut catatan itu.

Dr Adeeba menerima anugerah utama itu pada majlis Anugerah Akademik Negara ke-15 (AAN15) Selasa lepas, yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Berpengalaman lebih 30 tahun, Dr Adeeba merupakan pakar penyakit berjangkit negara; ahli sarjana terkenal dalam bidang perubatan dan penyelidikan penyakit berjangkit; rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Global Polisi Dadah.

Dr Adeeba juga dilantik sebagai anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berganding bahu bersama pakar-pakar bidang perubatan dan kesihatan terkemuka di peringkat antarabangsa pada 2021 selain menjadi orang Asia pertama dilantik sebagai Presiden Persatuan AIDS Antarabangsa.

Ketika negara berhadapan pandemik Covid-19, Dr Adeeba yang juga Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, merupakan antara wira di belakang tabir yang mempunyai tanggungjawab besar selaku pakar rujuk kerajaan dan Ketua Task Force Mengawal Covid-19 untuk mengekang penularan wabak maut itu.

Dalam hantaran berasingan, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Helen Selvanathan atas kejayaan menjadi rakyat Malaysia pertama yang dianugerahkan Women in Tech Asia Pacific Best Ally Award for 2022, Selasa lepas.

“Semoga dilimpahi kejayaan yang berterusan,” menurut catatan berbentuk poster itu.

Anugerah Women in Tech Asia Pacific Best Ally Award for 2022 adalah penghormatan kepada wanita, inisiatif dan organisasi luar biasa yang membentuk masa depan teknologi dan memberi inspirasi kepada generasi seterusnya.

Helen, yang berkecimpung dalam bidang teknologi maklumat, ialah ahli Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM) dan Ketua Pegawai Eksekutif Action Network. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker