Dolla tak mudah ‘koyak’

Dolla tak mudah ‘koyak’

Hampir tiga tahun kumpulan Dolla yang dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby aktif menyanyi, pelbagai pencapaian sudah diraih walaupun terus dikritik dan dikecam segelintir netizen berikutan imej seksi yang berani.

Namun, Dolla pasti matlamat mereka untuk menempatkan diri dalam industri seni tanah air sebagai kumpulan penyanyi wanita dikenali dan diminati sudah membuahkan hasil sebagaimana diharapkan.

Dolla ketika ditemui baru-baru ini berkata, mereka bersyukur dan gembira dengan kejayaan sudah dikecapi.



Tidak hanya itu, mereka juga bertekad mahu mengembangkan bakat masing-masing dalam pelbagai cabang seni. Dalam erti kata lain, Dolla mahu mengambil semua peluang yang datang dan terus bersemangat memartabatkan bakat mereka.

Mengulas mengenai imej seksi Dolla yang berterusan menjadi perhatian netizen di media sosial, Tabby berkata, mereka lebih senang tidak mempedulikan komen negatif itu.

“Sebenarnya, kami baca semua komen itu, tapi kami tak ‘koyak’

kerana masih mendapat sokongan yang baik daripada peminat. Ternyata, ada ramai lagi yang tetap memberikan Dolla semangat.



“Kami selesa melihat dari perspektif yang positif saja terhadap komen itu. Ia kerana ramai peminat Dolla sangat menghargai perjuangan muzik, bakat, kualiti lagu yang dirakam, personaliti kami dan sebagainya,” katanya.

Menurut Syasya, dari segi penampilan imej seksi yang sering diperkatakan, Dolla sekadar menjadi diri sendiri menerusi personaliti dibawa.

Katanya, mereka tidak cuba-cuba mahu meniru gaya penampilan orang lain.

“Kami hanya jadi diri sendiri dan sentiasa berusaha memperbaiki mana yang dirasakan masih kurang. Berdasarkan komen dibaca juga, kami selalu cuba memperbaiki kelemahan Dolla.



“Mana yang ada salah silap Dolla itu, kami tidak berdiam diri atau biarkan saja tanpa sebarang tindakan untuk memperbaikinya. Selain itu, keluarga juga faham dengan gosip yang muncul dan sentiasa memberi kami semangat,” katanya.

Syasya yang juga cucu pelakon Rozie Othman berkata, neneknya sebagai orang lama dalam industri hiburan sentiasa memberikan kata-kata positif untuk dia bersedia menghadapi gosip yang muncul terutama membabitkan imej seksi.

“Nenek sentiasa ingatkan saya supaya terus kuat sepanjang menceburi industri seni. Apatah lagi, soal imej seksi dan gosip adalah perkara lumrah yang perlu sedia dihadapi selebriti. Jadi, saya kena akur menghadapinya.

“Sebagai penggiat seni yang sudah lama dalam industri hiburan, nenek saya cukup faham dengan situasi dilalui Dolla iaitu imej seksi kami. Kata nenek, kena kuat hadapi cabaran sebegini,” katanya.

Tampil lima single baharu

Sudah melancarkan enam single sebelum ini, antaranya Makes You Wanna, Impikan, Watch Me Glow, Raya Raya Raya, Berani dan Bad, Dolla merancang teliti karier muzik mereka untuk tahun ini.

Sabronzo berkata, Dolla mempunyai perancangan besar yang masih diatur rapi.

Katanya, jika tiada aral, mereka berhasrat dapat melancarkan lima single baharu sepanjang tahun ini dan pemilihan lagu sesuai sedang dibuat.

“Sekarang ini kami memberi fokus pada penghasilan single dulu. Ia berikutan, sambutan diterima terhadap single Dolla daripada peminat setakat ini amat baik. Begitu juga, lagu kami ‘mesra’ radio.

“Jadi, Dolla bersemangat untuk terus merakamkan single baharu yang sesuai dengan vokal dan muzik kami, termasuk kena dengan cita rasa pendengar. Kami akan cuba membuat yang terbaik,” katanya.

Ditanya mengenai penganjuran ‘showcase’ Dolla, Angel berkata, banyak yang masih dalam perancangan.

Katanya, Dolla tidak mahu terburu-buru dan selesa melakukannya seperti diatur syarikat rakaman, Universal Music Malaysia.

Tahun lalu, antara pencapaian dibanggakan Dolla ialah mereka menjadi artis ketiga dari Malaysia selepas Yuna dan Layla Sania yang dipilih muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat bagi kempen EQUAL oleh pelantar penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Tidak hanya itu, Dolla turut melakar sejarah tersendiri dalam karier nyanyian mereka apabila meraih Anugerah Platinum untuk ‘Best Selling Single’ bagi lagu Impikan yang distrim lebih 200,000 penggemar muzik. HM

Dolla tak mudah ‘koyak’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker