Sharnaaz mengaku tidak bersalah

Sharnaaz mengaku tidak bersalah

Pelakon dan pengacara, Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki di sebuah kondominium di Jalan Dutamas, 16 Jun tahun lalu.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim.

Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa pada 16 Jun 2022 jam 8.30 malam ketika berada di kawasan lif sebuah kondominium dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang individu berusia 27 tahun.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Orang Kena Saman (OKS) Datuk Abu Bakar Isa Rahmat memohon mahkamah mengenakan ikat jamin rendah dikenakan dengan alasan OKS memberi kerjasama yang baik ketika siasatan dijalankan.

Majistret kemudian membenarkan Sharnaaz diikat jamin sebanyak RM2,000 dan menetapkan 6 Mac untuk sebutan semula kes.

Pada Jun tahun lalu, pelakon itu direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa.

Terdahulu pada September 2017, pelakon filem ‘Juvana’ itu pernah didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan cara menumbuk pekerja kelab golf warga Bangladesh.

Dia didakwa melakukan kesalahan terhadap Gous Ali di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di Taman Tun Dr Ismail, Brickfields, pada 5.30 petang, 22 Julai 2017 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. HM

Sharnaaz mengaku tidak bersalah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker