Lebih 40,000 tiket konsert Mega AR Rahman terjual

Lebih 40,000 tiket konsert Mega AR Rahman terjual

Selepas enam tahun, penyanyi dan komposer popular dari India, AR Rahman, 56, kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat pada Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Januari ini.

Konsert dipersembahkan DMY Creation Sdn Bhd itu turut menampilkan barisan artis India yang terkenal di persada antarabangsa.

Penerbit Eksekutif DMY Creation Sdn Bhd, Mohd Maideen Abdullah, berkata konsert mega AR Rahman itu mendapat sambutan positif dengan penjualan tiket sangat memberangsangkan.

“Sebanyak 44,000 tiket sudah terjual daripada jumlah keseluruhan 60,000 tiket. Jadi, ini adalah suatu isyarat positif bagi penganjuran konsert kali ini.

“Ini adalah konsert artis India terbesar yang pernah dianjurkan di Malaysia. Kru daripada India yang akan ‘diterbangkan’ pula seramai 110 orang.

“Jumlah ini termasuk, penyanyi pemuzik dan pemain orkestra. Beberapa penyanyi ternama dari India turut membuat persembahan, termasuk anak AR Rahman. Itu antara tarikan yang dibawa dalam konsert itu,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi mengenai konsert mega itu, Maideen berkata, AR Rahman yang juga pemenang Anugerah Akademi (Oscar) tidak sabar untuk menghiburkan peminat di Malaysia.

“Beliau (AR Rahman) memang teruja menjayakan konsert kali ini. Disebabkan jumlah kehadiran sangat ramai, itu yang membuatkan beliau tidak sabar beraksi di Malaysia.

“Konsert kali ini berbeza berbanding yang pernah dianjurkan,” katanya.

Maideen berkata, pihaknya cuba sedaya upaya memberi yang terbaik untuk memastikan kelancaran acara.

“Ini adalah tanggungjawab besar kami untuk menghiburkan peminat AR Rahman di Malaysia.

“Saya berharap selepas ini kami dapat menganjurkan lebih banyak konsert berskala besar,” katanya.

AR Rahman pernah dua kali menggenggam trofi Anugerah Akademi menerusi filem Slumdog Millionaire Danny Boyle pada 2009.

Beliau juga menggubah muzik untuk filem biopik, Pele: Birth of a Legend iaitu kisah berdasarkan legenda bola sepak Brazil yang meninggal dunia, baru-baru ini.

Bakat unik dimiliki AR Rahman mencuri hati jutaan penggemar muzik di seluruh dunia menerusi alunan karyanya. BH

Lebih 40,000 tiket konsert Mega AR Rahman terjual

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker