‘Dunia belum berakhir, bila kau putuskan aku…’

‘Dunia belum berakhir, bila kau putuskan aku…’

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, enggan melayan emosi dengan mendengar lagu sedih ketika berdepan dengan krisis rumah tangga.

Enggan terus hidup berendam air mata, Puteri Sarah berkata, dia lebih gemar mendengar lagu yang mempunyai lirik positif dan mampu memberi motivasi untuk bangkit daripada kekecewaan.

“Sarah memang tak layan lagu sedih pada saat-saat begini. Lagu yang Sarah dengar sekarang liriknya lebih kepada membina semangat.

“Liriknya berbunyi begini ‘dunia belum berakhir, bila kau putuskan aku’… Lagu ini dinyanyikan oleh Shaden Band,” katanya ketika ditemui selepas memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kelmarin.

Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie ini mengulas pertanyaan lagu apakah yang sering didengar untuk mengubati kekecewaannya itu.

Tambah Puteri Sarah, zaman untuk meratapi kehancuran rumah tangga sudah lama berlalu dan kini, hatinya sudah cukup kental untuk menghadapi apa sahaja ujian yang bakal mendatang.

“Krisis rumah tangga kami sudah lama berlaku dan Sarah kini lebih kuat kerana ada keluarga dan anak-anak di sisi.

“Walaupun Sarah sudah failkan perceraian, tetapi Sarah tak sedih pun. Sarah harap jangan ada sesiapa menangis kerana Sarah,” pinta pelakon drama rantaian Aku Seorang Perempuan ini.

Pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sejak empat tahun lalu terus berlarutan apabila suaminya yang juga pengarah kontroversi membuat pengakuan sudah bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini.

Kecewa dengan pendedahan Syamsul dan enggan hidup bermadu, Puteri Sarah nekad untuk memfailkan perceraian, Isnin lalu.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 3. BH

‘Dunia belum berakhir, bila kau putuskan aku…’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker