Sebutan pertama kes perceraian Sarah, Syamsul 7 Mac

Sebutan pertama kes perceraian Sarah, Syamsul 7 Mac

Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menetapkkan 7 Mac depan sebagai tarikh sebutan pertama bagi kes perceraian yang difailkan pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, terhadap suaminya Syamsul Yusof.

Perkara itu dimaklumkan, peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader sebentar tadi.

Menurut beliau, pihaknya akan menyerahkan saman pemula kepada Syamsul yang merupakan defendan terlebih dahulu dan beliau perlu hadir pada tarikh sebutan kes yang ditetapkan oleh mahkamah itu.

‘Kita dah failkan permohonan untuk perceraian di bawah Seksyen 47 dan mahkamah telah menetapkan sebutan tarikh bicara 10 Mac tahun ini.

“Itu adalah tindakan pertama kami dan tindakan berikut adalah akan memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar dan bapa serta kakaknya kerana telah terang-terang melanggar perintah injunksi mahkamah sivil sebelum ini yang memang kekal sehingga sekarang kerana tidak patuh,” katanya kepada media sejurus selepas menemani Puteri Sarah untuk memfailkan kes berkenaan.

Akberdin berkata, pihaknya akan memohon kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara terhadap defendan-defendan kerana telah melakukan beberapa pelanggaran dan ia adalah mengikut budi bicara mahkamah sivil.

Ujarnya, apa yang telah dilakukan oleh defendan kali ini merupakan sesuatu yang amat dahsyat kerana ianya telah melanggar inter-parte (perintah injunksi kedua-dua belah pihak) tersebut. MG

Sebutan pertama kes perceraian Sarah, Syamsul 7 Mac

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker