Lisa Marie Presley meninggal dunia

Lisa Marie Presley meninggal dunia

Anak tunggal legenda rock & roll, mendiang Elvis Presley iaitu Lisa Marie Presley, 54, meninggal dunia selepas mendapat rawatan di sebuah hospital, hari ini.

Berita sedih pemergian Presley, dikongsi ibunya, Priscilla Presley, hari ini.



“Dengan berat hati, saya berkongsi berita sedih bahawa anak saya, Lisa Marie sudah meninggalkan kita.

“Lisa seorang anak pengasih, kuat dan wanita penyayang yang pernah saya kenal,” katanya dalam kenyataan, lapor AP.

Kenyataan itu dikeluarkan Priscilla beberapa jam selepas beliau mengesahkan Lisa dikejarkan ke sebuah hospital, semalam.

Dilaporkan, pasukan paramedik dikejarkan ke kediaman Presley di Calabasas pada jam 10.37 pagi, semalam, selepas mendapat aduan seorang wanita mengalami serangan jantung, berdasarkan maklumat dikongsi Craig Little, iaitu jurucakap Jabatan Bomba.



Maklumat daripada sumber hartanah menunjukkan Presley adalah penghuni kediaman terbabit, lapor AP.

Little memberitahu, pasukan paramedik tiba di kediaman Presley, kira-kira enam minit kemudian.

Sementara itu, Polis Los Angeles memberitahu, Presley diberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa, sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran di West Hills.

Dilaporkan, Presley menghadiri Anugerah Golden Globe yang diadakan di sebuah hotel di sini, kelmarin, bagi memberi sokongan kepada Austin Butler yang melakonkan watak ayahnya dalam filem Elvis.



Malah, Lisa memuji lakonan Butler dalam filem biografi berkenaan, ketika ditemuramah dalam program Entertainment Tonight, lapor AP.

“Saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan selepas menonton aksi Butler.

“Saya perlu ambil masa lima hari untuk memproses (apa yang ditonton) kerana ia sangat menakjubkan dan sangat realistik… Saya sukar menjelaskannya,” katanya.

Beberapa hari lalu, Presley dilaporkan berada di Graceland, Memphis iaitu kediaman Elvis, bagi meraikan hari jadi mendiang bapanya pada 8 Januari lalu.



Sebelum ini, Presley menulis esei yang diterbitkan majalah People mengenai kehilangan anaknya, Benjamin Keough yang membunuh diri pada 2020.

Presley memiliki seorang lagi anak, iaitu Riley Keough dan sepasang kembar perempuan.

“Saya berdepan kematian, kesedihan dan kehilangan sejak berusia sembilan tahun.

“Saya sudah melalui lebih daripada orang lain tempuhi dan sehingga kini, saya berjaya hadapi semua itu,” luahnya dalam penulisan itu. – AP



Lisa Marie Presley meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin



Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker