Tujuh bintang K-Pop gegar festival muzik di Sunway Lagoon

Tujuh bintang K-Pop gegar festival muzik di Sunway Lagoon

Festival Muzik K-Pop Grandwave yang ditangguhkan atas faktor tidak dapat dielakkan akan diteruskan di Sunway Surf Beach, Sunway Lagoon, malam ini.

Festival muzik itu membabitkan bintang K-Pop popular seperti Hyo (Girls Generation), Soda, Chen (EX0), B.I, Youngjae (GOT7), Park Bom dan Shaun.

“Sepanjang minggu lalu, penganjur bekerja keras memastikan usaha meneruskan penganjuran festival muzik ini dapat dilaksanakan dan peminat dapat menyaksikan acara persembahan berkualiti tinggi.

“Biarpun ada halangan, namun ia tidak menjejaskan kualiti festival muzik. Penangguhan festival ini juga tidak dapat dielakkan sebelum ini,” kata penganjur menerusi kenyataan dikeluarkan.

Bagaimanapun, disebabkan tidak ramai menyedari penangguhan festival muzik itu, penganjur menggembleng tenaga bagi memastikan konsert dapat diteruskan demi mengelak peminat hampa.

“Menjadi hasrat kami memenuhi permintaan peminat dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi penganjuran acara berkelas dunia.

“Ini memberikan kami motivasi untuk mengadakan lebih banyak rundingan dan menganjurkan pelbagai festival muzik yang dinantikan,” kata penganjur.

Penganjur turut memohon maaf atas segala kesulitan berlaku disebabkan penangguhan festival muzik itu.

“Kami mohon maaf atas kesulitan atau kekeliruan yang timbul. Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada peminat, penaja dan media kerana bersabar serta memahami situasi berlaku sejak beberapa hari lalu.

“Kami teruja untuk mempamerkan hasil kerja dan tidak sabar bertemu anda pada festival muzik ini,” ujarnya.

Terdahulu, Festival Muzik K-Pop Grandwave sepatutnya berlangsung pada 19 November lalu, namun terpaksa ditunda akibat masalah dalaman. BH

Tujuh bintang K-Pop gegar festival muzik di Sunway Lagoon

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker