Muka Zaki Yamani licin macam sutera

Muka Zaki Yamani licin macam sutera

BARU-BARU ini berkesempatan hadir ke sebuah acara hiburan untuk memperkenalkan barisan peserta bagi sebuah program televisyen iaitu Famili Duo musim kedua.

Antara yang hadir ke program tersebut adalah penyanyi muda, Zaki Yamani. Kecil molek orangnya. Maklumlah masih bersekolah di tingkatan empat.

Apa yang menarik perhatian Diva sampai tak berkelip mata bila melihat kulit anak kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah itu. Sungguh mulus, licin dan berkilat bak pasu porselin.

Macam kulit orang-orang Korea. Faham tak? Secalit cela pun tak ada, memang betul-betul bersih. Diva sebagai seorang pencinta kecantikan memang cemburu betul dengan kulit Zaki.

Agak-agaknya, apa petua yang dia amalkan untuk jaga kulit secantik itu? Diva dulu sewaktu seusia Zaki, kulit muka dah hancur dimamah jerawat. Geram betul! K Online

Muka Zaki Yamani licin macam sutera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker