Tak cukup duit, Azri tak jadi kahwin tahun ini

Tak cukup duit, Azri tak jadi kahwin tahun ini

Pelakon dan juga pengarah, Azri Iskandar memaklumkan bahawa majlis perkahwinan yang dirancang bersama kekasih hati, Azra terpaksa ditunda gara-gara sibuk dengan karier dan juga masih mengumpul duit kahwin.

Azri yang dihubungi Oh Bulan berkata demikian bagi menjelaskan status terkini hubungannya bersama Azra.

Jelasnya lagi, jadual penggambaran yang tidak menentu juga menjadi punca perkahwinan mereka ditunda.

Saya dan Azra tak mungkin kahwin pada tahun ini. Tetapi kami masih berkawan. Masa itu tak sesuai memandangkan saya sibuk dengan penggambaran pada hujung tahun ini.

Saya juga tengah kumpul duit kahwin. Masih belum cukup.

Tambah Azri, dia dan Azra juga tidak mempunyai tarikh baru untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Mengimbas kembali, bekas suami kepada Ellie Suriaty ini mendedahkan sudah bertunang dengan Azra pada 29 Jun lalu di Kangar, Perlis.

Dia dan Ellie sebelum ini telah bercerai pada 17 Mei lalu setelah 19 tahun hidup bersama. Mereka berdua turut dikurniakan dua orang anak iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen yang kini berusia 13 tahun. Bn

Tak cukup duit, Azri tak jadi kahwin tahun ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker